• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sukan Mampu Lahir Pelajar & Masyarakat Optimis, Berkualiti

oleh Ahmad Albab
03/08/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ARAU – Amalan gaya hidup sihat melalui kegiatan sukan mampu melahirkan golongan pelajar dan masyarakat yang optimis serta berkualiti, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Baginda bertitah dengan mengoptimumkan kegiatan sukan secara berterusan, risiko untuk dihinggapi penyakit seperti lemah jantung, kencing manis dan darah tinggi disebabkan kegagalan fungsi sistem kardiovaskular dapat dikurangkan.

Raja Muda bertitah gaya hidup sihat melalui aktiviti sukan juga membantu menguatkan otot-otot sekali gus melancarkan peredaran darah dan oksigen dalam tubuh.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan majlis penutup Kejohanan Olahraga Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Peringkat Kebangsaan Kali Ke-7, Tahun 2016 di Kompleks Sukan Tuanku Syed Faizuddin Putra Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis di sini, malam tadi.

Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan puteri kedua baginda Puteri Sharifah Farah Adriana.

Keberangkatan baginda disambut ‎Pengarah Bahagian Pendidikan Mara Abd Hamid Ahmad dan Pengetua MRSM Beseri, Mohamad Salim Bulat.

Seramai 601 atlet MRSM seluruh negara mengambil bahagian dalam kejohanan bertemakan ‘Passion For Gold’ bermula 30 Julai hingga 2 Ogos dengan MRSM Beseri bertindak sebagai penganjur pertandingan. – BERNAMA

Tags: Raja Muda PerlisSukan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Raja Muda Perlis Alu-Alukan Kerjasama FGV – MAIPS

Raja Muda Perlis Alu-Alukan Kerjasama FGV – MAIPS

02/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan bahawa kerjasama Felda Global Ventures (FGV) bersama Majlis...

Skuad Projek Perkemas Aspek Pertahanan

23/11/2021
0

SKUAD projek khas lelaki negara akan memberikan tumpuan penuh terhadap aspek bertahan dalam situasi pukulan sudut penalti menjelang aksi pembukaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd