• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ketum: Tak Semua Isu Boleh Ditangani Dengan Fatwa

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

CYBERJAYA – Tidak semua perkara boleh diselesaikan melalui fatwa, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf  Wajdi Dusuki, susulan gesaan supaya Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa berhubung isu penanaman ketum secara komersial.

Beliau berkata banyak perkara yang perlu diambil kira terutamanya kemudaratan dan manfaat kepada kesihatan serta struktur sosial masyarakat.

“Isu berkaitan fatwa adalah tanggungjawab pihak negeri, bagaimanapun Jawatankuasa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam boleh berbincang mengenai hal ini tetapi bukanlah pandangan bersifat mengikat seperti fatwa.

“Kita harus perhalusi kerana tidak semua perkara harus ditangani dengan fatwa. Kita tidak boleh bercakap soal hukum halal atau haram sahaja dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam masyarakat,” katanya kepada pemberita pada Jamuan Aidilfitri TV AlHijrah di AlHijrah Big Studio, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Perak supaya Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan garis panduan berhubung isu penanaman ketum secara komersial.

Isu itu menjadi perdebatan pelbagai pihak selepas Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) mencadangkan ketum ditanam secara besar-besaran untuk dieksport susulan permintaan tinggi di luar negara. – BERNAMA

Tags: Asyraf Wajdiketum
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerja Kilang Demi Kumpul Wang Ke Universiti

Kerja Kilang Demi Kumpul Wang Ke Universiti

12/10/2026
0

GERIK - Seorang anak muda dari Kampung Bandariang, Gerik, Perak yang sanggup bekerja di kilang demi mengumpul wang untuk melanjutkan...

RUU Akta MARA Baharu Kurangkan Kuasa Pengerusi, Tutup Ruang Rasuah Dan Penyelewengan – Asyraf Wajdi

RUU Akta MARA Baharu Kurangkan Kuasa Pengerusi, Tutup Ruang Rasuah Dan Penyelewengan – Asyraf Wajdi

09/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Sebanyak 80 peratus kandungan cadangan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Majlis Amanah Rakyat (MARA) baharu memberi tumpuan kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd