• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dzulkifli Harap Kerjasama, Sokongan Semua Pihak

oleh Ahmad Albab
02/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu Datuk Dzulkifli Ahmad berharap semua pihak dapat memberi kerjasama dan sokongan dalam membanteras rasuah di negara ini.

Beliau berkata pelantikan beliau sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM merupakan peluang baginya untuk meneruskan khidmat dan berbakti kepada negara.

“Saya akan berusaha sebaik mungkin melaksanakan tanggungjawab sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM, dan melaksanakan usaha pencegahan rasuah di Malaysia secara amanah, tegas dan adil.

“Saya turut sedar akan cabaran getir dan harapan tinggi yang diletakkan kepada saya,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Dzulkifli turut merakamkan penghargaan kepada pihak kerajaan atas keyakinan dan kepercayaan yang diberikan kepadanya.

“Saya juga dengan penuh rasa hormat dan takzim ingin merafak sembah menjunjung kasih yang tidak terhingga di atas perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah atas pelantikan dan amanah yang diberikan kepada saya.

“Di samping itu, saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Dr Abu Kassim Mohamed atas kepimpinannya yang cemerlang serta sumbangannya yang besar kepada SPRM dan negara,” katanya.

Dzulkifli, yang sebelum ini merupakan Pengarah Pasukan Penguatkuasa Pemulihan Hasil Negara, Jabatan Peguam Negara, menggantikan Tan Sri Dr Abu Kassim Mohamed.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa pada Jumaat lepas mengumumkan pelantikan Dzulkifli sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu mulai 1 Ogos 2016 sehingga 31 Julai 2021. – BERNAMA

Tags: Datuk Dzulkifli AhmadSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

04/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggantung pemakaian baju oren bagi Orang Kena Siasat (OKS) yang dibawa ke...

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

17/07/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Semua akaun bank milik Cropmate Berhad dan anak-anak syarikatnya yang sebelum ini dibekukan berhubung siasatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd