• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Angkatan Muda Keadilan Anggap DBKL Zalim

oleh Ahmad Albab
29/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR -  Angkatan Muda Keadilan (AMK) menganggap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertindak zalim kerana tidak mengambil kira nilai insaniah sewaktu mengusir penduduk di Kampung Chubadak Tambahan, Sentul keluar daripada kediaman mereka di sini baru-baru ini.

Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad mendakwa, keputusan mahkamah pada tahun 1998 secara jelas mengesahkan bahawa Kampung Chubadak adalah milik penduduk yang membuka penempatan di kawasan tersebut.

Malah, dakwanya, mahkamah rayuan pada tahun 2000 juga menolak dakwaan bahawa penduduk Kampung Chubadak adalah setinggan dan penceroboh  kawasan tersebut.

“Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Julai lalu bagaimanapun memutuskan bahawa penduduk di Kampung Chubadak ini adalah setinggan dan bukan pemilik tanah yang sah.

“AMK kesal apabila Kampung Chubadak disenaraikan sebagai kawasan setinggan dalam Rancangan Bandar Kuala Lumpur 2020 sehingga membawa kepada pengusiran penduduk,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, AMK menganggap tindakan DBKL memaksa pengambilalihan tanah kawasan tersebut tanpa menghormati kemuliaan insaniah satu perbuatan yang zalim.

Katanya, jika benar pengambilalihan kawasan itu perlu dibuat untuk memberi laluan kepada pembangunan rumah kos rendah maka penduduk di kawasan tersebut tidak patut diusir.

“Apa yang sepatutnya dibuat ialah bukan pengusiran, tetapi pemindahan sementara dan jaminan bahawa setiap penduduk akan diberikan satu unit rumah sebagai pampasan kepada pengambilalihan tanah mereka,” katanya.

Tags: AMKDBKL
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ahli Parlimen PJ Minta PKR Beri Penjelasan Gambar Tular Anwar Bersama Nicky Liow

Ahli Parlimen PJ Minta PKR Beri Penjelasan Gambar Tular Anwar Bersama Nicky Liow

26/07/2026
0

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung meminta Parti Keadilan Rakyat (PKR) memberi penjelasan berhubung isu tular...

Akmal Saleh Tolak Kerajaan ‘Tebuk Atap’, Saran Jadi Pembangkang Atau Bubar DUN

Akmal Perli Pekat AMK Selangor: Kerjasama Dengan DAP, PKR Juga ‘Cium Tapak Kaki’?

20/07/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Dr Muhamad Akmal Saleh membidas kenyataan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor yang mendakwa UMNO sanggup...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd