• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahli Parlimen PJ Minta PKR Beri Penjelasan Gambar Tular Anwar Bersama Nicky Liow

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Ahli Parlimen PJ Minta PKR Beri Penjelasan Gambar Tular Anwar Bersama Nicky Liow
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung meminta Parti Keadilan Rakyat (PKR) memberi penjelasan berhubung isu tular Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee yang berdepan dengan tuduhan pengubahan wang haram didakwa menghadiri program khas parti itu di PJ Civic Hall dua hari lalu.

Menurut beliau, sekeping gambar menunjukkan Nicky Liow yang memakai baju Angkatan Muda Keadilan (AMK) lengkap dengan logo parti bersama Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim di ruang menunggu tetamu kini tersebar.

“Kita semua maklum bahawa Nicky Liow merupakan seorang tokoh yang tidak asing lagi dengan pelbagai kontroversi. Memandangkan hari tersebut merupakan satu majlis penting yang turut menyaksikan penerimaan ahli baharu, saya mengucapkan tahniah kepada PKR sekiranya benar parti telah menerima Nicky Liow sebagai ahlinya.

“Namun begitu, PKR masih belum menjelaskan kepada rakyat mengapa beliau diberikan penghormatan sedemikian sehingga dibawa ke ruang tetamu untuk bergambar bersama Pengerusi PH?,” katanya menerusi satu kenyataan di muat naik di media sosial hari ini.

Beliau turut memuat naik foto tular Nicky Liow didakwa bergambar bersama Anwar.

Chean Chung berkata, ironinya PJ Civic Hall suatu ketika dahulu menjadi pentas laungan reformasi dan simbol perjuangan menentang penyalahgunaan kuasa, kini menjadi lokasi tersebarnya gambar sedemikian.

“Lebih-lebih lagi apabila ia berlaku pada hari persaraan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan. PKR mempunyai tanggungjawab untuk memberikan penjelasan yang jelas kepada ahli-ahlinya dan juga kepada seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Sebuah media tempatan namun melaporkan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr Fuziah Salleh menafikan Nicky Liow telah menjadi ahli PKR.

Fuziah dipetik berkata, beliau telah mengarahkan semakan terhadap rekod keahlian PKR selepas timbul persoalan berhubung kemunculan Nicky Liow pada satu program PKR di sini dua hari lalu. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Lee Chean Chung

Tags: Ahli BaharuAhli Parlimen Petaling JayaAMKAngkatan Muda KeadilanDatuk Seri Anwar IbrahimDatuk Seri Nicky Liow Soon HeegambarLee Chean Chungparti keadilan rakyatPengerusi Pakatan Harapan (PH)penjelasanPJ Civic HallPKR
Share233Tweet146SendShare

Related Posts

Lee Chean Chung: RM91 Juta Hasil Bidaan Nombor Plat “H” Sepatutnya Disalurkan Ke Kumpulan Wang Disatukan

Lee Chean Chung: RM91 Juta Hasil Bidaan Nombor Plat “H” Sepatutnya Disalurkan Ke Kumpulan Wang Disatukan

26/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Hasil bidaan nombor plat kenderaan khas siri “H” berjumlah RM91 juta sepatutnya disalurkan ke dalam Kumpulan Wang...

Ahli Parlimen Petaling Jaya Umum Letak Jawatan Tanpa Syarat, Kritik Pentadbiran Kerajaan

Ahli Parlimen Petaling Jaya Umum Letak Jawatan Tanpa Syarat, Kritik Pentadbiran Kerajaan

02/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung mengumumkan peletakan jawatannya sebagai wakil rakyat kawasan itu tanpa syarat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd