• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, November 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hup Seng Nafi Biskutnya Tidak Selamat Dimakan

oleh Ahmad Albab
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pengilang dan syarikat pembuat biskut Hup Seng menafikan dakwaan bahawa produk keluarannya, termasuk Krim Kraker Istimewa Ping Pong tidak selamat untuk dimakan.

“Mengenai kes biskut terbakar, kami ingin mengumumkan bahawa ia adalah ciri-ciri produk yang mengandungi tepung gandum dan minyak di mana ia boleh terbakar.

“Namun begitu, keupayaan untuk terbakar tiada kait-mengait ataupun mempunyai kesan pada keselamatan makanan tersebut. Krim Kraker Istimewa Ping Pong Hup Seng adalah selamat untuk dimakan,” kata syarikat ini dalam satu kenyataan.

Syarikat ini mengeluarkan kenyataan berikutan video yang mendakwa biskut atau produk keluaran syarikat ini disalut dengan plastik.

Video ini telah dimuat naik oleh pengguna Facebook Emo-ji pada 29 Julai di mana telah membakar biskut itu dan mendakwa ia mungkin mengandungi bahan sintetik dan tidak selamat untuk dimakan.

Hup Seng berkata klip video itu bertujuan untuk menjatuhkan imej serta nama baik syarikat.

Menurut kenyataan itu, ujian makmal pada tahun 2011 menunjukkan bahawa tidak ada plastik yang dikesan dalam Kraker Istimewa.

“Baru-baru ini, kami telah menghantar Krim Kraker Istimewa untuk ujian makmal bagi mengesan ‘plasticizers’ sekali lagi dan akan mengumumkan keputusan sebaik sahaja ianya diterima,” katanya. – mStar Online

Tags: biskutfitnah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PMX Anwar Seru Jentera PH Kerja Keras, Lawan Fitnah Dan Hasutan Pada PRN Melaka

PMX Anwar Seru Jentera PH Kerja Keras, Lawan Fitnah Dan Hasutan Pada PRN Melaka

26/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru seluruh calon dan jentera Pakatan Harapan (PH) bekerja keras meraih...

Jep Sepahtu Minta Maaf Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Shuib, Dakwa Bukan Sindiran Tetapi Fitnah

Jep Sepahtu Minta Maaf Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Shuib, Dakwa Bukan Sindiran Tetapi Fitnah

15/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelawak terkenal, Jep Sepahtu memaklumkan bahawa beliau sudah mengambil tindakan undang-undang terhadap Shuib Sepahtu berhubung kenyataan yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd