• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Doktor Kecantikan Dihukum Penjara Cabul Pesakit Lelaki

oleh Ahmad Albab
31/07/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Seorang doktor kecantikan dihukum penjara tiga setengah tahun pada Khamis kerana mencabul kehormatan seorang pesakit lelaki rakyat Malaysia sebanyak dua kali setelah memberinya ubat pelemah, lapor Channel NewsAsia.

Portal berita itu berkata Tan Kok Leong, 50, disabitkan kesalahan bulan lepas kerana memberi ubat pelemah, Dormicum dan Rosiden kepada mangsa, juga seorang doktor, di Hotel Oasia pada Julai 2013 selepas prosedur ‘liposuction’ atau menyedut lemak.

Menurut laporan itu, Tan didapati bersalah mencabul kehormatan mangsa selama dua malam, setelah memberi ubat pelemah kepada pesakit berusia 33 tahun itu dengan alasan untuk melegakan rasa sakit.

Memetik Hakim Daerah Siva Shanmugam, portal itu berkata Tan “menyalahgunakan kedudukannya dengan mengambil kesempatan daripada kepercayaan mangsa terhadapnya” berikutan hubungan unik antara mereka – doktor-pesakit – dan mangsa, seorang doktor muda, juga menganggap Tan sebagai mentornya.

Tan memberi ubat berkenaan kepada mangsa hingga menyebabkan lelaki itu menjadi ‘rentan dan tidak berdaya mempertahankan diri daripadanya’ membogelkan mangsa untuk merakam lebih 20 gambar alat sulitnya tanpa pengetahuan atau keizinan mangsa.

Semasa perbicaraan, mahkamah diberitahu bahawa setelah mencabul kehormatan mangsa yang tidak sedarkan diri, Tan memakaikan kembali pakaiannya agar apabila tersedar, mangsa tidak menyedari apa yang dilakukan tertuduh terhadapnya.

Menurut laporan itu, pihak pendakwa yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Alan Loh dan Pembantu Pendakwa Raya, Thiagesh Sukumaran mendesak mahkamah mengenakan hukuman penjara lima tahun lapan bulan terhadap Tan.

Bagaimanapun, sebaik sahaja hukuman terhadap Tan diumumkan, peguamnya, Edmond Pereira memberitahu mahkamah bahawa doktor itu akan mengemukakan rayuan terhadap sabitan kesalahan dan hukuman yang dikenakan terhadapnya.

Laporan itu berkata Tan dibenarkan ikat jamin sementara menunggu keputusan rayuannya. – BERNAMA

Tags: kes cabulPenjara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

22/01/2026
0

Melaka: Ejen sindiket pemalsuan dokumen warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas...

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

18/12/2025
0

MOSCOW: Sebuah mahkamah yang dikawal Russia di Donetsk, Ukraine, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun terhadap seorang warga Britain...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd