• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Usahawan Muda Malaysia Digesa Manfaatkan AEC

oleh Ahmad Albab
29/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Usahawan muda Malaysia khususnya yang terlibat dalam perusahaan kecil dan sederhana (PKS) digesa mengambil peluang daripada komuniti perniagaan ASEAN untuk menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata ekosistem keusahawanan Malaysia merupakan antara paling maju dalam dunia dengan sokongan lebih 20 agensi kewangan kerajaan.

“Kadang-kala pinjaman diberikan tanpa cagaran dan bersandarkan idea (daripada usahawan muda).

“Kami mahu memastikan bahawa, jika anda mempunyai minat, idea, keupayaan dan kemampuan untuk mengambil risiko, modal akan tersedia untuk anda,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Karnival Usahawan Muda ASEAN 2016 (AYEC 2016) di sini, hari ini.

Karnival yang dirasmikan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed itu turut dihadiri Pengerusi Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN, Tan Sri Dr. Munir Majid; Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Datuk Dzulkifli Mahmud dan Pengerusi Bersama Majlis Usahawan Muda ASEAN, Syed Nabil Aljeffri.

Khairy berkata ASEAN menawarkan peluang yang sangat luas kepada usahawan muda Malaysia memandangkan sumbangan eksport rantau itu berada di paras minima walaupun membentuk jumlah pekerjaan yang besar.

“Kita perlu menjamin bahawa nilai yang ditawarkan oleh perniagaan akan meningkat dengan memastikan mereka mampu memanfaatkan peluang disediakan oleh Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC),” katanya.

Baru-baru ini kerajaan menubuhkan jawatankuasa kabinet dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk menggalakkan pembangunan ekosistem usahawan muda.

Khairy berkata Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) saling bekerjasama di bawah Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan untuk memastikan usahawan muda yang menjana pekerjaan dan perintis industri akan diberi keutamaan kerajaan di samping mempunyai akses lebih baik kepada modal dan pemerolehan kerajaan.

AYEC yang julung-julung kali diadakan tahun ini merupakan usaha kerjasama antara Matrade dan Persatuan Usahawan Muda ASEAN Malaysia (MAAYE).

Acara dua hari itu yang berakhir esok turut disokong Miti.

Dua memorandum persefahaman ditandatangan semasa perasmian AYEC 2016, iaitu bagi program Inkubator Peneraju Eksport ASEAN serta Kumpulan Usahawan Parlimen Jeli (JPEG) untuk program Peneraju Eksport ASEAN.

Program inkubator Peneraju Eksport ASEAN adalah kerjasama antara Matrade dan MAAYE untuk melahirkan juara eksport ASEAN dalam kalangan usahawan muda Malaysia, manakala program JPEG melibatkan MAAYE dan usahawan berpangkalan di Jeli, Kelantan. – BERNAMA

Tags: Khairy Jamaluddinusahawan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KJ Mohon Akaun UMNO Diaktifkan Semula, “Insya’Allah, I’m Coming Home”

KJ Mohon Akaun UMNO Diaktifkan Semula, “Insya’Allah, I’m Coming Home”

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memohon agar pemecatan keahliannya dibatalkan dan nombor...

Presiden UMNO Berjaya Bawa Pulang Tokoh-Tokoh – Khairuddin

Presiden UMNO Berjaya Bawa Pulang Tokoh-Tokoh – Khairuddin

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr. Khairuddin Takiri menyifatkan gagasan 'Rumah Bangsa' sebagai langkah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd