• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pendekatan Baharu Jabatan Bantuan Guaman, Insolvensi

oleh Ahmad Albab
29/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pendekatan baharu bagi Jabatan Bantuan Guaman dan Jabatan Insolvensi Malaysia akan diperkenalkan bagi memberikan perkhidmatan lebih efisien kepada rakyat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Dalam kenyataannya sempena setahun dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Azalina berkata pendekatan baharu itu akan diumumkan tidak lama lagi.

Azalina berkata dalam tempoh setahun itu, beliau diberi amanah sebagai menteri untuk menjaga hal ehwal Parlimen, bertanggungjawab bagi Biro Tatanegara (BTN) dan baru-baru ini diberi kepercayaan mengawal selia hal ehwal perundangan.

“Alhamdulillah, bersama-sama dengan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia, proses reformasi Parlimen telah berjalan dan sedang direalisasikan. Begitu juga dengan penjenamaan semula BTN yang semakin rancak dijayakan oleh warga kerja BTN,” katanya.

Beliau berkata antara inisiatif yang akan dijalankan adalah penubuhan Mahkamah Khas Siber dan meneliti semula beberapa undang-undang berkaitan dengan siber.

“Saya akan terus menggalas tanggungjawab dan bersama-sama dengan YAB Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dalam menjayakan proses transformasi negara bagi mencapai status negara maju melangkaui 2020,” katanya. – BERNAMA

Tags: Azalina Othmanrakyat Malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Raja Permaisuri Agong Mengingatkan Rakyat Malaysia Sentiasa Memelihara Adab Di Dalam Atau Luar Negara

Raja Permaisuri Agong Mengingatkan Rakyat Malaysia Sentiasa Memelihara Adab Di Dalam Atau Luar Negara

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah mengingatkan rakyat Malaysia sentiasa menitikberatkan kepentingan memelihara adab dan nilai menghormati...

Individu Tidak Mahu Ikut Prinsip Rukun Negara Tidak Layak Digelar Warganegara Malaysia –  Yang di-Pertuan Agong

Individu Tidak Mahu Ikut Prinsip Rukun Negara Tidak Layak Digelar Warganegara Malaysia – Yang di-Pertuan Agong

01/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah mana-mana individu yang tidak mahu mengikut prinsip Rukun Negara tidak layak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd