• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SUKMA Masih Relevan, Kompetitif – Khairy

oleh Ahmad Albab
25/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Sukan Malaysia (Sukma) masih menjadi temasya sukan yang sangat relevan dan kompetitif untuk melahirkan atlet pelapis yang mencapai prestasi tertinggi dalam sukan negara.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata kejayaan beberapa atlet muda yang mewakili negeri masing-masing sehingga berjaya memecah rekod kebangsaan membuktikan bahawa mereka mampu untuk mencapai prestasi di peringkat yang lebih tinggi.

“Ini menunjukkan Sukma masih lagi satu temasya yang sangat relevan untuk melahirkan atlet pelapis yang akan mewakili negara satu ketika nanti.

Ini adalah satu tanda yang positif bahawa Sukma adalah satu temasya yang bukan hanya sebagai temasya untuk beri peluang kepada atlet pelapis beraksi tapi mampu untuk pamer prestasi tertinggi dalam sukan kebangsaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama antara Sekretariat Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para Asean ke-9 (MASOC) dengan Naza Corporation Holdings Sdn Bhd di Kementerian Belia dan Sukan, di sini.

Semalam, atlet memanah Terengganu, Nur Aqila Yusof memperbaharui rekod kebangsaan dalam acara 70m recurve wanita individu.

Atlet berusia 18 tahun itu berjaya mengutip 331 mata untuk mengatasi rekod kebangsaan milik Mon Redee Sut Xi iaitu 328 mata, yang dilakukan pada Sukan SEA 2003 di Vietnam.

Manakala, perenang negara, Lim Ching Hwang pula memperbaharui rekod kebangsaan miliknya dalam acara 200 meter rampaian perseorangan.

Perenang yang mewakili Wilayah Persekutuan itu mencatat masa 2:04.77 saat, 0.12s lebih pantas daripada rekod 2:04.89s dicipta pada satu kejohanan renang jemputan di Amerika Syarikat.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Khairy berkata beliau akan bertemu dengan peninju profesional negara Muhamad Farkhan Haron bagi membincangkan perancangan masa depan karier atlet profesional negara itu.

“Saya pun ada mengikuti beliau dalam beberapa tahun dan penglibatan kita dalam tinju profesional ini sangat dialu-alukan.

Kita selama ini masih tidak ada peninju yang dapat membolosi prestasi tertinggi di peringkat tinju profesional, saya ucap tahniah dan harap dapat jumpa dengan beliau untuk bincang perancangan akan datang,” katanya.

Muhamad Farkhan, 28, memahat nama selaku petinju pertama Malaysia merangkul tali pinggang Majlis Tinju Asia (WBC) kategori cruiserweight, Sabtu lepas.

Sejarah itu dilakar pemenang pingat emas Sukan SEA 2009 itu di Far East Square, Singapura apabila mudah menumbangkan peninju Indonesia, Elly Pangaribuan secara pukulan kalah mati teknikal (TKO). – BERNAMA

Tags: Khairy JamaluddinSukma
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd