• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Potong Gaji Kakitangan Awam Main Pokemon Go

oleh Ahmad Albab
25/07/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama memberi amaran memotong gaji kakitangan awam yang bermain permainan di telefon bimbit termasuk Pokemon Go ketika bertugas.

Basuki atau lebih dikenali sebagai Ahok berkata, bermain permainan di telefon bimbit boleh menyebabkan penjawat awam lalai dengan tanggungjawab mereka.

“Sekiranya kami menangkap penjawat awam yang bermain permainan di telefon bimbit ketika bertugas kami akan potong gaji mereka.

“Mudah untuk mengesan mereka yang bermain Pokemon Go kerana mereka perlu sentiasa berlegar-legar,” katanya.

Menurutnya, dia memantau setiap penjawat awam melalui Penunjuk Prestasi Utama (KPI) mereka.

“Sekiranya KPI penjawat awam itu rendah, pihak pentadbiran akan memberi lebih banyak tugasan untuk meningkatkan prestasi mereka,” jelasnya.

Menteri Perubahan Birokratik dan Pentadbiran Indonesia, Yuddy Chrisnandi mengeluarkan arahan mengharamkan semua penjawat awam bermain Pokemon Go di kawasan bangunan kerajaan.

Polis dan Tentera Negara Indonesia juga melarang anggota mereka serta orang awam bermain permainan itu di kawasan larangan.

Pihak berkuasa sebelum ini bimbang permainan itu boleh digunakan pihak tertentu untuk tujuan mengintip. – Agensi/myMetro Online

Tags: IndonesiaPokemon Go
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Cadang Diplomasi Sains, Dana Jerebu Perkukuh Usaha ASEAN Tangani Jerebu

Malaysia Cadang Diplomasi Sains, Dana Jerebu Perkukuh Usaha ASEAN Tangani Jerebu

10/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Malaysia mencadangkan pelaksanaan Diplomasi Sains dan Dana Jerebu Mampan bagi memperkukuh pelaksanaan Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu...

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

29/04/2026
0

KEMALANGAN keretapi di Bekasi baru-baru ini menyebabkan kematian 14 orang...dan Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak Indonesia, Arifah Fauzi, tampil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd