• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerjasama Peniaga Naik Taraf Jalan Di Gerbang Malam

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) meminta para peniaga yang terbabit dalam projek penaiktarafan jalan sekitar Gerbang Malam, di Jalan Tahwil Azar, di sini agar dapat memberi kerjasama yang baik kepada pihaknya.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man berkata pihaknya berulang kali memaklumkan bahawa gangguan yang dialami mereka hanyalah bersifat sementara sehingga projek menaik taraf itu selesai iaitu bermula September ini sehingga Januari 2017.

Beliau juga meminta agar pekedai di kawasan Tingkap Pasar berdekatan Pusat Transformasi Bandar (UTC) di sini, untuk menerima kehadiran para peniaga di Gerbang Malam untuk menjalankan perniagaan sepanjang tempoh menaik taraf.

“Beberapa siri mesyuarat telah diadakan sebelum ini dengan peniaga di Gerbang Malam termasuk dalam ‘townhall meeting‘ dan kita telah menjemput peniaga di kawasan terlibat dan pekedai di kawasan yang dicadangkan di kawasan Tingkat Pasar… gangguan itu hanya bersifat sementara bukan berpanjangan.

“Kita cuba siapkan projek menaik taraf itu dalam Januari tahun depan, kita susunkan supaya masalah itu dihadapi dalam jangka masa pendek dan kita harap kerjasama yang baik dari semua pekedai dan peniaga kerana kita melihat secara keseluruhan apabila kita melaksanakan projek, ia dapat memberi kemudahan kepada orang ramai secara majoriti,” katanya.

Zamri berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Explorace Cekak 2016 anjuran Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) di Dewan Bandaran, di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai permintaan peniaga di Gerbang Malam, di Jalan Tahwil Azar yang mahu mereka dipindahkan ke dataran MBI ataupun di kawasan Medan Istana serta bantahan pekedai di kawasan Tingkap Pasar yang tidak mahu peniaga di Gerbang Malam itu dipindahkan ke sana.

Terdahulu, Zamri melepaskan 500 peserta Explorace Cekak 2016 di hadapan Dewan Bandaran Ipoh yang terdiri daripada anggota PSSCM di seluruh negara termasuk pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam dan swasta.

Beliau berkata peserta larian akan menyusuri laluan sepanjang lima kilometer yang terletak di dalam kawasan Heritage Trail Ipoh di mana kawasan tersebut telah meletakkan Ipoh di tempat keenam dalam laporan portal pengembaraan terbesar di dunia ‘Lonely Planet’ sebagai destinasi menarik di Asia untuk dikunjungi.

Katanya, pemilihan Ipoh sebagai destinasi berlangsungnya acara tahunan persatuan itu sekali gus dapat membantu mempromosikan pelancongan di negeri ini yang kaya dengan sejarah dan warisan.

Turut hadir pada majlis itu Presiden PSSCM Datuk Maideen Kadir, Ahli-ahli Jawatankuasa Pusat PSSCM dan ketua-ketua cawangan PSSCM dari seluruh negara. – BERNAMA

Tags: peniagaPerak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perak Perkenal Anugerah Ketua Kampung Baru Cemerlang

Perak Perkenal Anugerah Ketua Kampung Baru Cemerlang

03/09/2026
0

IPOH - Anugerah Ketua Kampung Baru Cemerlang Perak 2026 akan diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan kepada ketua kampung yang menunjukkan prestasi...

Tsunami Rakyat Gelombang Merah Akan Bermula Di Perak – Nga Kor Ming

Tsunami Rakyat Gelombang Merah Akan Bermula Di Perak – Nga Kor Ming

10/08/2026
0

IPOH - Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming mendakwa tsunami rakyat gelombang merah akan bermula di bumi bertuah Perak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd