• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembangkang Guna Isu Semasa Untuk Dipolitikkan

oleh Ahmad Albab
22/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pembangkang sentiasa menggunakan isu semasa sebagai helah untuk dipolitikkan bagi mencapai matlamat utama mereka, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata mereka secara jelas menuding jari dan menyalahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Apa jua isu semasa, mereka (pembangkang) akan ambil kesempatan untuk dipolitikkan termasuk 1MDB. Rakyat boleh lihat sendiri tujuan dan matlamat mereka,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra LTAT di sini, hari ini.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan pembangkang yang mahu membawa isu 1MDB ke Parlimen bagi mendesak Najib meletakkan jawatan.

Menurutnya isu berkaitan 1MDB adalah serius dan perlu ditangani tanpa menyebabkan orang tidak bersalah menjadi mangsa.

Hishammuddin berpendapat isu 1MDB perlu ditangani mengikut tiga perkara utama iaitu akauntabiliti, rasionalisasi dan ketelusan.

“Dalam mencari kebenaran, kita perlu rasional dan tidak bertindak mengikut emosi,” katanya.

Mengulas tindakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat memfailkan saman sivil bagi mendapatkan kembali aset yang diperoleh melalui dana 1MDB yang didakwa diselewengkan, beliau berkata ia merupakan undang-undang antarabangsa dan tidak boleh dihalang.

“Jangan mempolemiknya dan biarlah proses (siasatan) itu berjalan… harapnya kita dapat penyelesaian 1MDB yang adil kepada semua pihak,” katanya. – BERNAMA

Tags: 1MDBHishammuddinpembangkang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pembangkang Keluar Dewan, PMX Perlu Bertanggungjawab Bentang RCI Tabung Haji

Pembangkang Keluar Dewan, PMX Perlu Bertanggungjawab Bentang RCI Tabung Haji

11/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Sidang Khas Dewan Rakyat mengenai Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH) di Dewan Rakyat...

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

31/07/2026
0

SEREMBAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam nada lembut ketika berkempen malam ini mendakwa beliau datang ke Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd