• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia & Sri Lanka Nikmati Hubungan Rapat – Zahid

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

COLOMBO (SRI LANKA) – Malaysia dan Sri Lanka menikmati hubungan yang rapat terutama dari segi diplomatik dan budaya, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Bercakap pada majlis makan malam dengan Diaspora Malaysia di Sri Lanka dan kumpulan-kumpulan yang menjadi rakan Malaysia di sini malam tadi, Ahmad Zahid berkata lawatan dua hari beliau ke negara pulau republik itu, walaupun singkat, adalah penting.

Beliau berkata tahun depan akan menandakan ulang tahun ke-60 terjalinnya hubungan diplomatik antara Malaysia dan Sri Lanka.

Timbalan Perdana Menteri berkata kira-kira 13,000 warga Sri Lanka mengunjungi Malaysia tahun ini.

“Saya berharap lebih ramai warga Sri Lanka melawat Malaysia…kami mempunyai banyak tarikan,” katanya pada majlis itu, yang turut dihadiri isteri beliau Datin Seri Hamidah Khamis.

Kira-kira 200 orang hadir pada majlis yang diadakan di sebuah hotel di sini.

Ahmad Zahid juga menggesa pelabur dari Sri Lanka untuk meneroka peluang di Malaysia.

“Pelabur dari Sri Lanka juga harus mempertimbangkan untuk melabur di Malaysia kerana kami menawarkan pelbagai insentif,” tambah beliau lagi.

Timbalan Perdana Menteri tiba di sini awal pagi semalam sempena lawatan kerja bagi meningkatkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara. – BERNAMA

Tags: MalaysiaSri Lanka
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PKR Minta Kedutaan AS Bawa Datuk Bandar New York Zohran Mamdani Ke Malaysia

PKR Minta Kedutaan AS Bawa Datuk Bandar New York Zohran Mamdani Ke Malaysia

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa PKR, Dr Maszlee Malik mengemukakan permintaan kepada wakil Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di...

Battersea Power Station Bukti Keupayaan Malaysia Di Pentas Global – KSN

Battersea Power Station Bukti Keupayaan Malaysia Di Pentas Global – KSN

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menyifatkan kejayaan transformasi Battersea Power Station di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd