• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Bukti Wang 1MDB Digelapkan – Peguam Negara

oleh AK-47
21/07/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEGUAM Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali menegaskan, tiada bukti dari mana-mana agensi penguatkuasaan yang menunjukkan wang digelapkan dari syarikat 1MDB.

Katanya lagi, tiada sebarang tuduhan jenayah dilakukan terhadap mana-mana individu yang berkaitan dengan penyelewengan dana dari 1MDB.

Tan Sri Mohamed Apandi turut menyuarakan kebimbangan terhadap sindirian dan dakwaan ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan salah laku dalam kes tuntutan sivil ‘in rem’ yang difailkan oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat.

“Peguam Negara ingin menjelaskan tiada dalam tuntutan fail oleh DOJ AS yang menamakan Perdana Menteri sebagai defendan atau didakwa melakukan sebarang salah laku,” katanya.

Setakat ini, Jabatan Peguam Negara masih belum menerima sebarang permintaan dari pihak DOJ AS, untuk memberi sebarang maklumat atau bukti.

Bagaimanpun, Apandi berkata pihaknya mengalu-alukan sebarang kerjasama kerana ia seiring dengan komitmen pada peringkat antarabangsa untuk memerangi pengubahan wang haram dan amalan rasuah.

“Sebagai Pendakwa Raya, Peguam Negara tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukan perbuatan jenayah dengan syarat terdapat bukti yang mencukupi.

“Sebarang salah laku akan dihukum. Malaysia akan sentiasa menegakkan kedaulatan undang-undang,” ujarnya.

Kata Tan Sri Mohamed Apandi lagi, siasatan berhubung kes 1MDB masih dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan tidak sesuai untuk sebarang butiran kes didedahkan.

Pihak Peguam Negara mahu menekankan kepentingan untuk memelihara integriti siasatan dan orang ramai juga tidak seharusnya meragui hasil siasatan itu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: 1MDBApandi AliPeguam Negara
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PAS Ucap Tahniah Skim Simpanan Shariah KWSP

Next Post

Kisah Saman Sivil Jabatan Kehakiman AS Ke Atas 1MDB

Related Posts

1MDB: JPMorganChase Akan Bayar Penyelesaian RM1.4 Bilion Kepada Kerajaan – MOF

1MDB: JPMorganChase Akan Bayar Penyelesaian RM1.4 Bilion Kepada Kerajaan – MOF

22/08/2025
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan dan JPMorganChase telah menyelesaikan semua perkara berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dengan bank Amerika itu akan...

TERKINI: Peguam Negara Gagal Ketepikan Prosiding Semakan Kehakiman Titah Adendum Najib

TERKINI: Peguam Negara Gagal Ketepikan Prosiding Semakan Kehakiman Titah Adendum Najib

13/08/2025
0

PUTRAJAYA: Peguam Negara gagal mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan membenarkan Datuk Seri Najib Razak memulakan prosiding semakan kehakiman bagi perintah memaksa...

Next Post

Kisah Saman Sivil Jabatan Kehakiman AS Ke Atas 1MDB

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd