• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPAD Minta Beri Masa Kepada TEKS1M

oleh Ahmad Albab
21/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menyifatkan laporan akhbar Berita Harian bertajuk `Teksi 1 Malaysia (TEKS1M) gagal jadi ikon negara’ pada 20 Julai lalu sebagai tidak adil dan tidak tepat.

SPAD dalam satu kenyataan media menegaskan, adalah tidak adil dan tidak tepat untuk akhbar itu menghukum inisiatif TEKS1M sebagai gagal sedangkan ia masih di peringkat awal dan masih berjalan mengikut fasa-fasa pelaksanaan.

“Memandangkan terdapat sekitar 86,000 teksi daripada pelabagai kelas lesen di Malaysia, perubahan yang perlu dilaksanakan tidak boleh dilakukan dalam sekelip mata.

“Kita perlu berhadapan dengan pelbagai cabaran yang merangkumi permasalahan struktur, budaya dan warisan yang rumit serta isu-isu semasa seperti perkhidmatan ‘e-hailing’,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, TEKS1M merupakan penjenamaan semula teksi bermeter bagi mengubah dan menaikkan taraf perkhidmatan supaya lebih bermutu, efisien dan selesa.

Kata SPAD, pada peringkat permulaan, kerajaan telah memutuskan untuk menggunakan satu model kenderaan sahaja iaitu Proton Exora seperti yang dilaksanakan di London.

Jelas kenyataan itu, pada ketika ini, sekitar 2,000 teksi telah berhijrah kepada kenderaan TEKS1M.

“Di dalam proses migrasi kepada TEKS1M, terdapat permasalahan di mana pengusaha individu dan pengendali mengadu bahawa tidak mampu menukar kenderaan kerana faktor kos pembelian, penyelenggaraan dan masalah teknikal lain yang dihadapi.

“Bagaimanapun, sebagai agensi yang peka dan prihatin kepada maklum balas daripada pelbagai pihak dan bagi memudahkan migrasi kepada TEKS1M, SPAD akan membuka model-model kenderaan lain untuk dijadikan TEKS1M di bawah program transformasi teksi yang akan diumumkan tidak lama lagi setelah mendapat kelulusan Kabinet,” kata SPAD.

Tambah kenyataan itu, dalam isu berkaitan tambang TEKS1M pula, kadar ‘flagfall’ dan jarak/masa yang ditetapkan adalah untuk menggalakkan perubahan kepada kenderaan dan perkhidmatan yang lebih baik untuk pengguna.

Sehubungan itu, SPAD berharap pihak media yang membantu dalam proses transformasi industri teksi supaya memberi peluang kepada SPAD untuk menguar-uarkan kepada pengguna fakta sebenar berkaitan inisiatif TEKS1M. – MYNEWSHUB.CC

Tags: pemandu teksiSPADTEKS1M
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Teksi, Bas Sekolah Nikmati Caruman PERKESO Bermula Mac

Pemandu Teksi, Bas Sekolah Nikmati Caruman PERKESO Bermula Mac

23/02/2024
0

PUTRAJAYA - Bermula bulan depan, seramai 35,000 pemandu teksi dan 18,000 pemandu bas sekolah dalam negara bakal menikmati caruman Pertubuhan...

GTSM Dakwa Wujud Unsur Rasuah Dalam SPAD

28/05/2022
0

SHAH ALAM - Gabungan Teksi Malaysia (GTSM) mendakwa wujud unsur rasuah yang dilakukan pihak tertentu dalam Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd