• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Jawab HP Di Stesen Minyak Telah Meninggal Dunia

oleh AK-47
19/07/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MANA mungkin, rakyat Malaysia lupa mengenai insiden ngeri menimpa seorang wanita yang melecur teruk gara-gara mahu menjawab panggilan telefon bimbitnya ketika sedang mengisi petrol di sebuah stesen minyak di Setapak, Kuala Lumpur.

Baca: Akibat Jawab HP Di Stesen Minyak, Wanita Parah Melecur

Setelah tiga minggu bertarung nyawa, wanita berkenaan akhirnya disahkan meninggal dunia pada Sabtu lalu, lapor China Press.

Difahamkan, mangsa yang melecur 60% menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur meninggal dunia akibat jangkitan kuman.

Wanita Jawab HP Di Stesen Minyak Telah Meninggal Dunia

Pada 28 Jun lalu, mangsa yang berusia 25 tahun melecur teruk selepas disambar api tatkala mangsa membuka pintu kereta bahagian hadapan untuk menjawab panggilan dari telefon bimbitnya ketika mengisi petrol di sebuah stesen minyak di Taman Setapak Indah, Setapak.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Wangsa Maju R. Manogaran berkata, ketika kejadian satu letupan kecil berlaku namun kereta Axia milik mangsa tidak terbakar.

“Ketika sedang mengisi minyak, telefon bimbit milik mangsa berdering. Letupan tercetus apabila mangsa membuka pintu kereta hadapan untuk menjawab panggilan dengan sebelah lagi tangannya masih mengepam minyak,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: melecurstesen minyak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Petronas Jamin Bekalan Bahan Api di Stesen Seluruh Negara Mencukupi Sehingga Jun 2026

Petronas Jamin Bekalan Bahan Api di Stesen Seluruh Negara Mencukupi Sehingga Jun 2026

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Petronas memaklumkan bahawa bekalan bahan api di semua stesen minyaknya di seluruh negara mencukupi sehingga hujung Jun...

Pengusaha Stesen Minyak Pikul Beban Subsidi Diesel?

Pengusaha Stesen Minyak Pikul Beban Subsidi Diesel?

04/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengusaha stesen minyak didakwa terpaksa menanggung beban terhadap skim subsidi bersasar diesel yang diperkenalkan oleh kerajaan. Presiden...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd