• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pendekatan Politik Perlu Ubah Ikut Masa – Budiman

oleh Ahmad Albab
19/07/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Arena politik tanah air perlu bersedia untuk mencari pendekatan baharu dalam memenangi keyakinan rakyat, kata Anggota Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd. Zohdi.

Mengambil contoh pendekatan ‘iconic to fan’, Budiman berkata realiti politik hari ini memerlukan ahli politik yang bukan sahaja efektif, tetapi juga perlu menjadi ikon kepada penduduk setempat serta mampu mencipta peminat di kalangan masyarakat setempat itu.

Katanya, pendekatan tersebut kini banyak digunakan oleh pemimpin popular dunia seperti Presiden Amerika Syarikat Barack Obama; Presiden Indonesia, Joko Widodo dan Perdana Menteri India, Narendra Modi.

“Contoh-contoh ini patut kita ambil kira kerana dunia politik yang sentiasa berubah,” katanya dalam temubual program Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel yang disiarkan secara langsung malam ini.

Pada PRK 18 Jun lepas, Budiman berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Barisan Nasional (BN) Sungai Besar dengan majoriti 9,191 undi setelah mengalahkan pencabarnya Azhar Ab. Shukur (PAN) yang meraih 7,609 undi dan Dr. Abdul Rani Osman daripada PAS yang mendapat 6,902 undi.

Budiman yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang berkata tamplet kemenangan di Sungai Besar, yang memfokus kepada kerjasama semua komponen parti BN, boleh digunapakai oleh BN untuk Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang.

Sementara itu, Felo Penyelidik Majlis Professor Negara, Dr. Muhammad Asri Mohd. Ali menjangkakan BN mempunyai peluang baik untuk merampas semula pemerinthan kerajaan negeri Selangor yang kini diterajui pihak pembangkang pada PRU akan datang.

Katanya, ini berdasarkan perpaduan yang dinikmati oleh BN berbanding parti pembangkang yang dilihat masih mengalami kecelaruan kepimpinan.

Namun katanya, BN perlu memantapkan koordinasi, khususnya mengukuhkan kerjasama antara semua komponen parti.

“UMNO di Selangor tidak berdepan dengan masalah kronik berbanding dengan komponen parti yang lain. Koordinasi perlu dibuat dengan baik,” katanya.

Beliau berpendapat antara langkah persediaan awal yang boleh dibuat termasuk mengetengahkan calon lebih awal serta mampu berinteraksi dengan penduduk setempat secara konsisten dan efektif dalam usaha memenangi semula keyakinan pengundi terhadap BN. – BERNAMA

Tags: Budiman Mohd Zohdipolitik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Gabungan Politik Macam Perkahwinan, Lima Tahun Pertama Ujian Besar’ – Amanah Pahang

‘Gabungan Politik Macam Perkahwinan, Lima Tahun Pertama Ujian Besar’ – Amanah Pahang

18/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang, Mohd Fadzli Mohd Ramly menyifatkan gabungan parti politik sebagai satu hubungan...

PM Anwar Minta Jangan Politikkan UEC Masuk IPTA – ‘Dunia Sekarang Semua Nak Kait Politik’

PM Anwar Minta Jangan Politikkan UEC Masuk IPTA – ‘Dunia Sekarang Semua Nak Kait Politik’

15/05/2026
0

SEREMBAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan laluan untuk lepasan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) memasuki institusi pengajian tinggi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd