• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kanak-Kanak Lelaki Digigit Anjing Ketika Snapchat

oleh AK-47
15/07/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG kanak-kanak lelaki di Britain mengalami kecederaan teruk di bahagian muka selepas digigit anjing ketika hendak berselfie menggunakan aplikasi Snapchat.

Mahkamah Majistret Chelmsford memberitahu mangsa yang berusia 11 tahun itu menerima 21 jahitan selepas anjing yang digelar Digby itu menyerangnya  sewaktu perbicaraan kes tersebut.

Kanak-Kanak Lelaki Digigit Anjing Ketika Snapchat

Kanak-Kanak Lelaki Digigit Anjing Ketika Snapchat

Stuart Harris, 45, didakwa bersalah memiliki anjing yang berbahaya dan diperintahkan untuk menyerahkan haiwan najis berat berkenaan kepada pihak berkuasa.

Menurut portal antarabangsa, kanak-kanak malang itu sedang bermain dengan anak lelaki Harris ketika serangan oleh haiwan najis mughallazah itu berlaku.

Jelas portal itu lagi, mangsa duduk di atas sofa sebelum Digby melompat ke sebelahnya. Bagaimanapun, cubaan mangsa untuk berselfie dengan Digby mengundang padah apabila anjing itu bertindak menyerangnya.

Menurut ibu mangsa sewaktu memberikan keterangan di mahkamah: “Dia (mangsa) sekarang sangat takut dengan anjing, lebih-lebih lagi anjing yang bersaiz besar.

Kanak-Kanak Lelaki Digigit Anjing Ketika Snapchat

“Malah dia menjadi fobia dengan haiwan berkenaan, dan apabila ada yang bertanyakan mengenai parut di wajahnya, dia berasa janggal dan malu.

“Dia tidak mahu gambarnya dirakam, melainkan parut itu tidak kelihatan,” luah ibu mangsa.

Pihak mahkamah mengarahkan Harris menjalankan 200 jam kerja komuniti dan membayar sebanyak £5,000 (RM26,371.89) kepada mangsa, dan juga £170 (RM896.64) kepada pihak mahkamah. – MYNEWSHUB.CC

Tags: anjingDigigitSnapchat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Aksi Wanita Melayu Peluk, Belai Anjing Ketika Sesi Temu Bual Cetus Polemik

Aksi Wanita Melayu Peluk, Belai Anjing Ketika Sesi Temu Bual Cetus Polemik

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Satu rakaman video memaparkan seorang wanita Melayu bertudung memeluk sambil membelai seekor anjing ketika di temu bual...

PN Sudah Jadi PASiatan Nasional – Lokman Adam

PN Sudah Jadi PASiatan Nasional – Lokman Adam

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam mendakwa Perikatan Nasional (PN) kini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd