• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Op Selamat: Nahas Maut Turun Pertama Kali Dalam 5 Tahun

oleh Ahmad Albab
14/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kemalangan maut sepanjang 15 hari Op Selamat 9 dilaksanakan mencatatkan penurunan buat pertama kali dalam tempoh lima tahun.

Sebanyak 273 kemalangan maut dicatatkan kali ini berbanding 303 tahun lepas, kata Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, ACP Ruslan Khalid.

“Ini adalah penurunan yang ketara sebanyak 9.9 peratus atau sebanyak 30 kes,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Op Selamat 9/2016 yang dilaksanakan antara lain bertujuan membendung kemalangan sempena Aidilfitri bermula pada 29 Jun lepas dan berakhir semalam.

Ruslan berkata jumlah korban kemalangan turut mencatatkan penurunan sebanyak 31 orang, iaitu daripada 330 orang pada tahun lepas kepada 299 pada tahun ini.

Ruslan berkata jumlah kemalangan tidak menyebabkan kematian pula mencatatkan peningkatan sebanyak 2.7 peratus.

“Kemalangan ini antara lain melibatkan kemalangan kecil seperti terlanggar belakang kenderaan dan sebagainya. Ramai yang buat laporan kemalangan sebegini untuk tujuan tuntutan insurans,” katanya.

Menurut analisis polis, Ruslan berkata hampir 70 peratus kemalangan berpunca daripada penduduk setempat dan bukannya pengguna jalan raya yang sedang dalam perjalanan pulang ke kampung masing-masing.

“Penduduk setempat atau kampung ini mereka ‘complacent’ (leka), bawa kenderaan masing-masing seperti yang biasa mereka lakukan ketika jalan raya tidak sibuk, tidak memerhati lalu lintas terutama sewaktu keluar ke jalan besar, jadi bila mereka berbuat demikian, sama ada mereka dilanggar atau pengguna jalan raya cuba mengelak dan terbabas,” katanya.

Mengenai saman, beliau berpuas hati dengan usaha dilakukan pelbagai pihak yang memberi kesedaran mengenai laluan kecemasan serta memotong barisan menggunakan bahu jalan yang berjaya mengurangkan jumlah saman bagi kedua-dua kesalahan secara drastik.

Beliau berkata bagi memandu di lorong kecemasan, sebanyak 1,146 saman dikeluarkan pada Op Selamat kali ini berbanding 2,652 saman tahun lepas, manakala memotong barisan, 1,985 saman dikeluarkan berbanding 3,542 saman tahun lepas.

Masing-masing mencatat penurunan 56.8 dan 44 peratus, katanya.

Sepanjang tempoh operasi itu berjalan, kes jenayah pecah rumah turut menurun dengan 794 kes dilapor pada tahun ini berbanding 872 pada tahun lepas, kata Ruslan. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kami Hanya Menumpang Sementara Di Malaysia, Nanti Kami Akan Pulang Ke Myanmar – Majlis Ulama Rohingya

Kami Hanya Menumpang Sementara Di Malaysia, Nanti Kami Akan Pulang Ke Myanmar – Majlis Ulama Rohingya

20/06/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Majlis Ulama Rohingya (MUR) menegaskan komuniti Rohingya yang berada di Malaysia tidak berniat untuk menetap...

Angkara Israel – Iran Umum Tutup Kembali Selat Hormuz

Angkara Israel – Iran Umum Tutup Kembali Selat Hormuz

20/06/2026
0

Oleh Mynewshub TEHRAN – Pihak tentera pusat Iran mengumumkan penutupan Selat Hormuz sebagai tindak balas terhadap serangan Israel di selatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd