• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Giliran Amirul Hadi, Kunanlan Pula Umum Bersara

oleh Ahmad Albab
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dua lagi pemain bola sepak negara daripada pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Amirul Hadi Zainal dan S. Kunanlan mengumumkan bersara daripada skuad kebangsaan.

Amirulhadi berkata, beliau membuat keputusan itu bagi membolehkannya memberi peluang kepada pemain muda untuk meneruskan misi skuad kebangsaan.

“Terima kasih atas sokongan juga peluang yang diberikan sepanjang penglibatan saya ketika menyertai skuad kebangsaan terutama jurulatih, Datuk Ong Kim Swee.

“Cukup sampai di sini sahaja yang mampu saya berikan kepada skuad kebangsaan,” katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan menerusi laman Facebook rasmi pasukan JDT hari ini.

Giliran Amirul Hadi, Kunanlan Pula Umum Bersara

Kunanlan pula berkata, beliau memutuskan untuk bersara mewakili skuad negara dan penampilannya dalam perlawanan persahabatan menentang Fiji adalah yang terakhir dirinya bagi aksi perlawanan antarabangsa.

Menurutnya, beliau berasa bangga dapat menyarung jersi kebangsaan sejak pernah mewakili pasukan Bawah 23 tahun dan sehingga kini.

Giliran Amirul Hadi, Kunanlan Pula Umum Bersara

“Terima kasih diucapkan atas segala sokongan yang telah diberikan kepada saya selama ini dan juga tunjuk ajar yang diberikan. Saya amat menghargainya,” katanya.

Pemain JDT, Safiq Rahim dan Aidil Zafuan Abdul Abdul Radzak sebelum ini membuat pengumuman secara mengejut untuk bersara daripada skuad kebangsaan.

Kim Swee selaku pengendali skuad kebangsaan dalam reaksinya terhadap berita persaraan itu mengakui terkejut apabila mendengar mengenai perkembangan berkenaan.

Beberapa media sebelum ini melaporkan perkembangan itu menguatkan andaian ia mungkin ada kaitannya dengan teguran yang dibuat oleh pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim baru-baru ini.

Tunku Ismail pada 12 Julai lalu menyelar tugasan skuad negara yang mengakibatkan lima pemainnya cedera dan penganalisis sukan melihat ia sebagai punca mereka bersara. – MYNEWSHUB.CC

Tags: JDT
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Lancar JDT+, Dokumentari ‘Untamed’ Bakal Bersiaran 22 Oktober

JDT Lancar JDT+, Dokumentari ‘Untamed’ Bakal Bersiaran 22 Oktober

22/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Kelab Bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) melancarkan JDT+, sebuah platform kandungan premium khusus untuk membawa penyokong...

JDT Terus Dominan, Kemenangan Besar Demi Kemenangan

JDT Terus Dominan, Kemenangan Besar Demi Kemenangan

21/09/2026
0

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) bukan sekadar menang sejak sepak mula Liga Malaysia musim 2026/2027, malah sebahagian besar kemenangan dicatat dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd