• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Presiden PAS Seru Ahli, Penyokong Pertahan Akidah

oleh Ahmad Albab
14/07/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – PAS melalui laman Facebook rasminya malam tadi menyiarkan semula ucapan Presidennya yang juga Timbalan Pengerusi Persatuan Ulama Sedunia, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 1 Syawal lalu mengenai perkara yang perlu menjadi pegangan seluruh umat Islam.

Ucapan Abdul Hadi mengenai kepentingan mempertahankan akidah itu disiarkan semula oleh laman Facebook berkenaan selepas Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man membuat kenyataan terbuka menggesa seluruh ahli dan penyokong PAS kembali bekerjasama dengan DAP dan parti Pakatan Harapan yang lain petang semalam.

“Terdapat empat perkara penting menjadi pegangan umat Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW. Yang pertama adalah akidah tauhid. Perjuangan Islam dan kemenangan dijanjikan oleh Allah S.W.T yang mereka bawa ini bukan wawasannya sekadar di dunia, tetapi yang paling besar wawasan kemenangan yang kekal abadi di hari akhirat.

“Di sini keyakinan dalam hati mereka, menjadikan mereka tidak boleh dirasuah, tak boleh dibeli, tak boleh ditawar menawar secara mudah dengan habuan dunia,” kata Abdul Hadi seperti dilaporkan laman Facebook rasmi PAS malam tadi.

Abdul Hadi berkata, perkara kedua penting untuk umat Islam adalah percaya kepada hari akhirat, ketiga bertakwa kepada Allah S.W.dan keempat menyambung perjuangan Islam.

“Mereka menyambung mesej Islam yang menjadi mata rantai perjuangan Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul,” kata Abdul Hadi dalam ucapan itu.

Timbalan Presiden PAS semalam mengejutkan ramai pihak apabila.menggesa seluruh kepemimpinan, ahli dan penyokong PAS supaya kembali bekerjasama dengan Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP.

Beliau yang merupakan pemimpin tertinggi PAS tetapi pro-Pakatan Harapan `dalam diam ‘ mendakwa PAS dan Pakatan Harapan perlu melaksanakan gencatan serangan sesama sendiri bagi bersama-sama menyerang parti Melayu UMNO.

Sehubungan itu, Tuan Ibrahim menyeru seluruh ahli dan penyokong PAS melupakan segala perbuatan, cacian hina dan fitnah yang pernah dilemparkan DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN) ke atas parti Islam itu.

Beliau turut memujuk seluruh pemimpin, ahli dan penyokong PAS supaya menghormati sebarang perbezaan dengan DAP dalam isu akidah Islam sebagai langkah berkompromi.

“Kalau prinsip dan dasar Islam yang dibawa PAS adalah titik perbezaan, langkah komprominya ialah hormati perbezaan itu dan jangan dijadikan ia sebagai titik pertikaian selagi PAS memperjuangkan dasarnya dalam ruang demokrasi yang ada,” kata Tuan Ibrahim.

PAS disingkirkan daripada gabungan pakatan pembangkang oleh DAP dan PKR pada tahun lalu disebabkan PAS enggan tunduk kepada desakan supaya berkompromi dalam beberapa isu membabitkan akidah Islam yang dianggap DAP dan PKR boleh menjejaskan kepentingan politik pembangkang.

DAP dan PKR kemudian bertindak menubuhkan Pakatan Harapan selepas membubarkan Pakatan Rakyat bagi membentuk gabungan baharu parti pembangkang yang turut dianggotai PAN.

PAN ditubuhkan oleh beberapa bekas pemimpin PAS bertujuan menggantikan PAS sebagai parti Islam dalam pakatan baharu parti pembangkang. – Mynewshub.cc

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Dakwa Kuasa Raja Terhad Kepada Perkara-Perkara Tertentu

Tony Pua Dakwa Kuasa Raja Terhad Kepada Perkara-Perkara Tertentu

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kuasa raja mungkin sedikit berbeza antara negeri, namun secara umumnya kuasa tersebut terhad kepada perkara-perkara tertentu, dakwa...

Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi Dalam Bahasa Cina Untuk Bantu Komunikasi – KKM

Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi Dalam Bahasa Cina Untuk Bantu Komunikasi – KKM

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di Klinik Kesihatan Setapak merupakan inisiatif sokongan komunikasi kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd