• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Sekeluarga Mati Ditembak Di Batu Maung

oleh Ahmad Albab
13/07/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAYAN LEPAS – Empat sekeluarga mati ditembak di sebuah kilang pemprosesan ayam di kawasan perindustrian Batu Maung di sini awal hari ini.

Mereka ialah Tan Hock Choon, 50, dan pasangannya Tan Saw Sim, 55, serta Chung Wah Tong berumur dalam lingkungan 27 ke 30 tahun dan anak perempuannya berumur dua tahun yang hanya dikenali sebagai Ah Bee.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Datuk Razaruddin Hussain berkata kejadian pada pukul 2.55 pagi itu dipercayai bermotifkan wang.

“Kesemua mangsa ditembak menggunakan pistol semi automatik yang dipercayai diperoleh secara haram dan polis menemui beberapa kelongsong peluru di tempat kejadian,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata berdasarkan siasatan awal, polis percaya kejadian itu dilakukan oleh anggota keluarga terdekat yang kemudian melarikan diri dengan sebuah Toyota Hilux milik kilang itu.

Sehubungan itu, polis kini memburu seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an yang menaiki Toyota Hilux dengan nombor pendaftaran PLJ 7392 bagi membantu siasatan kes itu.

Razaruddin berkata Toh dan Tan didapati tidak berkahwin secara sah tetapi telah lama tinggal bersama.

“Polis percaya keluarga si mati mempunyai sedikit masalah dengan suspek dan sering kali bergaduh,” katanya.

Seorang pekerja kilang yang hanya ingin dikenali sebagai Chen berkata lelaki terbabit sering datang ke kilang itu meminta wang daripada Tan dan Chung yang mengusahakan kilang berkenaan.

Lim Chee Leong, 53, yang tinggal berhampiran kilang itu berkata beliau tersedar awal pagi tadi apabila terdengar bunyi tembakan dan pada mulanya menyangkanya kejadian rompakan.

“Saya hanya tahu ia kes pembunuhan apabila polis dan orang ramai mula berkumpul di kawasan itu,” katanya.

Keempat-empat mayat dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat. – BERNAMA

Tags: kes tembakmaut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bahana Jalan Berlubang  – Anggota Trafik Maut

Bahana Jalan Berlubang – Anggota Trafik Maut

06/03/2026
0

KUALA BERANG – Seorang anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu maut selepas motosikal yang dinaikinya terbabas...

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

11/02/2026
0

KAJANG: Seorang kanak-kanak lelaki maut, manakala dua adiknya kritikal selepas dipercayai diberi minum Metadon oleh ibu kandung mereka sendiri, pagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd