• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Piala Malaysia: Selangor Menang Tipis, PKNS Ikat JDT

oleh Ahmad Albab
13/07/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Juara bertahan, Selangor terpaksa bekerja keras sehingga ke minit-minit akhir perlawanan sebelum mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas musuh tradisi, Kuala Lumpur dalam aksi pembukaan Piala Malaysia 2016 di Stadium Shah Alam, malam ini.

Penyerang muda berusia 20 tahun, Adam Nor Azlin menjadi penyelamat skuad Gergasi Merah, yang juga juara Piala Malaysia sebanyak 33 kali, apabila menjaringkan gol pada minit ke-88 dalam aksi Kumpulan B itu.

Pada satu lagi aksi dalam kumpulan sama, Kelantan turut mencatat kemenangan 1-0 ke atas Pahang FC, hasil jaringan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria pada minit ketiga perlawanan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Baharu.

Pendahulu Liga Super dan juara Piala FA 2016, Johor Darul Ta’zim (JDT) pula terpaksa berkongsi satu mata dengan PKNS FC apabila seri 2-2 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin dalam saingan Kumpulan C.

Skuad Harimau Selatan selesa di hadapan hasil jaringan Safee Sali pada minit ke-47 dan pemain import dari Argentina, Juan Martin Lucero pada minit ke-56, sebelum rakan senegaranya, Gabriel Guerra mengurangkan defisit pada minit ke-81.

Skuad Semut Merah kemudian menyamakan kedudukan menerusi seorang lagi pemain import dari Argentina, Juan Manuel Cobelli pada minit ke-89 melalui sepakan penalti.

Sementara itu, Felda United mencatat kemenangan 3-1 ke atas Negeri Sembilan di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka dalam saingan Kumpulan D.

Pasukan tuan rumah membuka jaringan menerusi D. Christie Jayaseelan pada minit ke-26, sebelum penyerang import dari Liberia, Francis Forkey Doe menambah jaringan pada minit ke-54 dan 70, manakala gol saguhati pasukan pelawat dijaringan Annas Rahmat pada minit ke-64.

Dalam satu lagi aksi Kumpulan D, Melaka United mencatat kemenangan tipis 2-1 ke atas Terengganu FA di Stadium Hang Jebat.

Pemain import dari Montenegro, Ilija Spasojevic membuka jaringan buat pasukan tuan rumah menerusi sepakan penalti pada minit ke-54, sebelum R. Surendran menggandakan jaringan empat minit kemudian.

Pemain import dari Kanada, Issey Farran Morgan Nakajima berjaya mengurangkan defisit apabila menyumbat masuk gol pada minit ke-73.

Dalam aksi Kumpulan A di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, JDT II bangkit daripada ketinggalan 0-2 pada separuh masa pertama untuk mengikat kedudukan 2-2 berdepan Terengganu FC II.

Pemain import dari Uzbekistan, Dilshod Sharofetdinov dan Mohd Nor Hakim Hassan meletakkan tuan rumah di hadapan selepas masing-masing meledakkan gol pada minit kelima dan ke-16, sebelum JDT II bangkit menerusi jaringan Mohamad Zaquan Adha pada minit ke-46 dan pemain import dari Brazil, Paulo Rangel empat minit kemudian.

Naib juara dan juara empat kali Piala Malaysia, Kedah akan menerima kunjungan Sarawak di Stadium Darul Aman, Alor Setar dalam perlawanan Kumpulan A, manakala Perak akan berdepan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Stadium Perak, Ipoh dalam aksi Kumpulan C, esok. – BERNAMA

Tags: JDTPiala MalaysiaPKNS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Tanpa Kalah 25 Perlawanan Piala Malaysia, Sasar Final Lagi

JDT Tanpa Kalah 25 Perlawanan Piala Malaysia, Sasar Final Lagi

01/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim (JDT) terus membuktikan dominasi apabila mencatat rekod tanpa kalah dalam 25 perlawanan Piala Malaysia...

JDT Penuhi Impian Rakyat Kelab Malaysia Bersaing di Pentas Antarabangsa – Akmal

JDT Penuhi Impian Rakyat Kelab Malaysia Bersaing di Pentas Antarabangsa – Akmal

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mengucapkan tahniah kepada kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd