• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aidil, Safiq Umum Bersara Daripada Skuad Kebangsaan

oleh AK-47
12/07/2016
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kapten skuad Harimau Malaysia, Safiq Rahim dan pemain pertahanan negara, Aidil Zafuan Abdul Radzak hari ini mengumumkan persaraan mereka daripada pasukan bola sepak kebangsaan.

Aidil Zafuan membuat pengumuman tersebut dalam kenyataan yang dimuat naik di laman sosial Facebook Johor Southern Tigers sebelum Safiq mengambil tindakan sama kira-kira sejam selepas itu.

Aidil Zafuan Umum Bersara Dari Skuad Kebangsaan

Kedua-dua pemain yang mewakili pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) itu masing-masing menyatakan keputusan tersebut diambil bagi memberi laluan kepada pemain muda.

“Saya, Aidil Zafuan Abdul Radzak mengambil keputusan bersara daripada skuad kebangsaan dan ingin memberi peluang kepada pemain muda untuk mewakili pasukan negara pada perlawanan akan datang,” katanya.

Pemain berusia 28 tahun dari Seremban itu telah membuat 68 penampilan bersama skuad negara sejak Julai 2007.

Aidil Zafuan Umum Bersara Dari Skuad Kebangsaan

Menurut Aidil Zafuan, beliau cukup berbesar hati dapat membantu Harimau Malaysia mencapai beberapa kejayaan termasuk memenangi pingat emas Sukan SEA 2009.

Kali terakhir beliau tampil bersama skuad kebangsaan dan turut diberi tanggungjawab sebagai kapten pasukan adalah pada 26 Jun lepas.

Ketika itu Harimau Malaysia seri 1-1 dengan pasukan ranking ke-186 dunia, Fiji pada perlawanan persahabatan terakhir Jelajah Oceania di Stadium Prince Charles Park di Nadi, Fiji.

Safiq, 29, dari Kuala Selangor yang juga tonggak tengah pasukan telah membuat 66 penampilan bersama skuad kebangsaan selain pernah menjadi penjaring terbanyak sewaktu Kejohanan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2014 dengan enam gol.

“Sudah tiba masanya untuk saya bersara daripada skuad kebangsaan dan memberi peluang kepada pemain lain untuk menggalas tugas saya,” kata kapten pasukan JDT itu.

safiq

Kali terakhir Safiq menyarung jersi kebangsaan adalah sewaktu perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 menentang Arab Saudi di Jeddah pada 25 Mac lalu.

Antara pencapaian yang pernah diraihnya adalah membantu skuad bawah 23 tahun negara memenangi pingat emas Sukan SEA 2009 dan juara Piala Suzuki AFF 2010 bersama skuad senior.

Safiq dan Aidil Zafuan turut merakamkan penghargaan kepada semua penyokong bola sepak tanah air, barisan kejurulatihan serta pengurusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang selama ini menyokong karier mereka sepanjang berkhidmat bersama skuad kebangsaan. – BERNAMA

Tags: Aidil Zafuanbola sepakSkuad Kebangsaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gaduh Ketika Perlawanan Bola Sepak: 4 Pemain Dikenakan Bon Jaga Keamanan 6 Bulan

Gaduh Ketika Perlawanan Bola Sepak: 4 Pemain Dikenakan Bon Jaga Keamanan 6 Bulan

14/08/2025
0

TELUK INTAN: Empat lelaki dikenakan bon menjaga keamanan selama enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana bergaduh...

RM30 Juta – Langkah Yang Tepat Ke Arah Memajukan Sukan Bola Sepak Negara

RM30 Juta – Langkah Yang Tepat Ke Arah Memajukan Sukan Bola Sepak Negara

24/02/2025
2

•⁠  ⁠Kerajaan menyediakan RM30 juta, termasuk RM15 juta dari pihak swasta, untuk pembangunan Harimau Malaya di semua peringkat dan kejohanan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd