• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kutipan Tol Di LPT2 Berkuat Kuasa 15 Julai

oleh Ahmad Albab
12/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kutipan tol di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) yang dibuka kepada trafik sepenuhnya mulai 31 Januari 2015, akan berkuat kuasa bermula 12.01 tengah malam, 15 Julai 2016.

Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Ismail Md Salleh dalam kenyataan berkata, keputusan kerajaan melaksanakan kutipan tol di LPT2 selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri, dibuat setelah mengambil kira kepentingan rakyat.

“Kutipan tol di lebuh raya ini perlu dilakukan untuk membiayai kos penyenggaraan dan operasi termasuk penyediaan kemudahan seperti perkhidmatan peronda, kawasan rehat dan rawat serta lain-lain kemudahan untuk keselesaan dan keselamatan pengguna lebuh raya,” katanya.

Ismail berkata kadar tol permulaan bagi LPT2 adalah 12 sen/km bagi kenderaan Kelas 1 (kereta).

Sebagai contoh, pengguna yang membuat perjalanan dari Plaza Tol Kuala Terengganu ke Plaza Tol Cheneh dan sebaliknya, akan dikenakan bayaran tol sebanyak RM19.70, katanya.

Beliau berkata lebuh raya berkenaan akan melaksanakan kutipan tol secara sistem tol tertutup iaitu kadar tol akan dikira berdasarkan jarak perjalanan yang telah dilalui oleh pengguna.

Terdapat 10 plaza tol di sepanjang jajaran LPT2 iaitu Plaza Tol Cheneh, Plaza Tol Chukai, Plaza Tol Kijal, Plaza Tol Kerteh dan Plaza Tol Paka.

Lima lagi plaza tol ialah Plaza Tol Kuala Dungun, Plaza Tol Bukit Besi, Plaza Tol Ajil, Plaza Tol Telemong dan Plaza Tol Kuala Terengganu.

Ismail berkata kerajaan telah melantik Lebuhraya Pantai Timur 2 Sdn. Bhd. (LPT 2 Sdn. Bhd.), sebuah syarikat milik penuh Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS Berhad) untuk melaksanakan operasi, penyenggaraan dan kutipan tol di lebuh raya tersebut.

LPT2 sepanjang 184 kilometer bermula dari Jabor di Pahang hingga ke Kampung Gemuroh di Terengganu, merupakan lebuh raya empat lorong dua hala, dilengkapi dengan kemudahan 10 persimpangan bertingkat, tiga kawasan rehat dan rawat serta dua hentian sebelah. – BERNAMA

Tags: LPT2Tol
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Mungkin Maksudkan Pemimpin PH, Sombong Tak Fikir Orang Bawah Nak Harga Barang Turun – Shahrol Shiro

PMX Mungkin Maksudkan Pemimpin PH, Sombong Tak Fikir Orang Bawah Nak Harga Barang Turun – Shahrol Shiro

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pelakon Shahrol Shiro tampil dengan kenyataan sinis berhubung ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat...

Tiada Kenaikan Tol 10 Konsesi Lebuh Raya – Fahmi

Tiada Kenaikan Tol 10 Konsesi Lebuh Raya – Fahmi

18/12/2025
0

Kuala Lumpur: Mesyuarat Jemaah Menteri semalam telah memutuskan tiada kenaikan tol bagi 10 konsesi lebuh raya untuk 2026, kata Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd