• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Angkara Militan Daesh Ragut Kejam Lebih 800 Nyawa

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PADA hujung Mei yang lalu sebelum Ramadan bermula, Daesh telah mengeluarkan satu kenyataan kepada penyokong mereka: “Dengan izin Allah, sebulan Ramadan akan menjadi bukan kesakitan bagi orang kafir.”

Daesh telah menukar bulan mulia penuh keberkatan ini menjadi bulan pertumpahan darah yang bermula dari Florida, Amerika Syarikat dan telah merebak ke beberapa negara lain, mengakibatkan lebih daripada 800 kematian.

Ekstremis ini membunuh beberapa orang awam di sebuah kafe di Dhaka, Bangladesh diikuti pembunuhan kejam ke atas sebuah keluarga Syria kerana didakwa konon cuba melarikan diri daripada cengkaman mereka.

Militan Daesh juga dilaporkan telah menikam seorang anggota polis di Perancis.

Dalam tempoh empat minggu pertama, hampir 30 orang dilaporkan mati setiap hari di tangan ekstremis Daesh, termasuk kanak-kanak di sebalik umat Islam tidak bersetuju dengan perjuangan ganas kumpulan tersebut.

Pada hari pertama Ramadan, dilaporkan pengganas Daesh telah membunuh seramai 65 orang termasuk pelajar universiti pada waktu subuh di Mosul, Iraq.

Serangan dan pembunuhan itu kemudiannya telah diteruskan sehingga ke seluruh rantau Timur Tengah malah serata dunia.

Satu serangan berlaku di Orlando, Florida, Amerika Syarikat pada 12 Jun lalu menyaksikan 49 pengunjung kelab malam gay itu kehilangan nyawa selepas Omar Mateen melepaskan tembakan rambang ke arah mereka.

Kebetulan pada keesokan harinya, seorang pegawai polis, Jean Baptiste Salvaing dan isterinya telah terbunuh dalam satu lagi serangan yang berlaku di luar Paris.

Pada 28 Jun, tiga pengebom bunuh diri telah melepaskan tembakan secara rawak di Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk, Istanbul, Turki sebelum kemudian bertindak meletupkan diri mereka sendiri.

Dalam serangan berdarah tersebut, 44 telah terbunuh dan lebih daripada 17 mangsa sedang nazak dirawat di unit rawatan rapi, setakat ini.

Tiga hari kemudian, sekumpulan militan Daesh merempuh masuk ke dalam sebuah kafe di Dhaka, Bangladesh dan membunuh mereka yang tidak dapat membaca Al-Quran, termasuk seorang wanita yang dilaporkan sedang hamil.

Baghdad turut digegarkan dengan beberapa siri serangan bunuh diri apabila ekstremis Daesh bertindak menjadikan umat Islam sebagai sasaran terbaharu mereka pula.

Kemuncak kekejaman mereka dilihat pada Ahad lalu apabila lebih dari 150 orang terbunuh dengan angka yang masih meningkat selepas mereka meletupkan sebuah pusat beli-belah di ibu kota Iraq yang sedang sibuk ketika itu.

Terbaharu, penduduk di Arab Saudi juga digegarkan  dengan tiga serangan menyaksikan jumlah maut yang masih belum dapat dipastikan, tetapi setakat ini, lebih daripada tujuh kematian telah dilaporkan. – Mynewshub.cc

Tags: DaeshkematianMilitanserangan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Kerajaan Johor Pandang Serius Kematian Pelajar Di Yong Peng, Sekolah Mesti Kekal Tempat Selamat

Kerajaan Johor Pandang Serius Kematian Pelajar Di Yong Peng, Sekolah Mesti Kekal Tempat Selamat

04/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor memandang serius insiden kematian seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat berusia 16 tahun di sebuah sekolah...

PMX Anwar Arah Siasatan Segera, Telus Kematian Pelajar 16 Tahun Di Yong Peng

PMX Anwar Arah Siasatan Segera, Telus Kematian Pelajar 16 Tahun Di Yong Peng

04/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pihak berkuasa menjalankan siasatan segera, menyeluruh dan telus susulan kematian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd