• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota UMNO Sabah Diingatkan Terus Setia – Musa Aman

oleh Ahmad Albab
03/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Musa Aman mengingatkan anggota dan pemimpin UMNO di negeri ini untuk terus setia dan taat kepada parti dan pemimpin.

Menurut Ketua Menteri Sabah itu, ia memerlukan semua anggota dan pemimpin UMNO memberi keutamaan kepada parti dalam membuat sesuatu keputusan berbanding kepentingan diri.

“Ini penting supaya UMNO terus kuat dan kukuh untuk perjuangan membela rakyat, bangsa dan negara.

“Sebagai pemimpin di mana-mana peringkat UMNO, pangkat dan darjat bukan menjadi ukuran tetapi yang menjadi keutamaan adalah perjuangan dalam parti,” katanya pada Majlis Berbuka Puasa UMNO Zon 5 Sabah di sini, semalam.

UMNO Zon 5 membabitkan Bahagian Libaran, Sandakan, Batu Sapi, Beluran dan Kinabatangan.

Pada majlis sama, Musa turut merasmikan Masjid Kampung Lupak Meluas.

Beliau yang juga Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO berkata mana-mana anggota UMNO yang diambil tindakan oleh MT kerana melanggar peraturan parti perlu akur dengan keputusan yang dibuat.

Katanya keputusan tersebut dilaksanakan secara teliti berdasarkan tindak tanduk anggota yang terlibat jika tindakan mereka itu boleh merosakkan parti dan perpaduan.

“Jika ada ahli melanggar peraturan parti, tindakan harus diambil. Sebagai ahli parti yang setia kepada parti dan pemimpin harus akur dengan keputusan MT,” katanya. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JIM, DBKL Serbu Pasar Pudu, 186 PATI Ditahan Dalam Ops Kutip

JIM, DBKL Serbu Pasar Pudu, 186 PATI Ditahan Dalam Ops Kutip

21/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB KUALA LUMPUR – Seramai 186 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam operasi bersepadu berskala besar yang dijalankan...

Kami Hanya Menumpang Sementara Di Malaysia, Nanti Kami Akan Pulang Ke Myanmar – Majlis Ulama Rohingya

Kami Hanya Menumpang Sementara Di Malaysia, Nanti Kami Akan Pulang Ke Myanmar – Majlis Ulama Rohingya

20/06/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Majlis Ulama Rohingya (MUR) menegaskan komuniti Rohingya yang berada di Malaysia tidak berniat untuk menetap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd