• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemuda PAN Isytihar Sokong Padu Guan Eng

oleh Ahmad Albab
02/07/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemuda Parti Amanah Negara (PAN) Perak memberi sokongan padu kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang sedang berhadapan dengan tuduhan rasuah dan salah guna kuasa selaku seorang Ketua Menteri di mahkamah.

Pengerusinya, Asmuni Awi berkata, sokongan tidak berbelah bahagi Pemuda PAN ke atas pemimpin DAP tersebut itu diputuskan oleh Pemuda PAN Perak dalam satu mesyuarat yang diadakan hari ini.

“Pertuduhan ke atas Guan Eng bersifat politik dan cubaan memberikan persepsi buruk terhadap kepimpinan Pakatan Harapan khususnya.Isu yang cuba dihadapkan kepada Guan Eng ibarat ‘pertuduhan terpilih’,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Semalam, PAS Pulau Pinang menyelar kenyataan pimpinan Pakatan Harapan kononnya pendakwaan ke atas Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merupakan pendakwaan yang terpilih.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohd. Fauzi Yusof dipetik berkata, Pakatan Harapan wajar memberi sokongan kepada SPRM dalam kes itu sama seperti mereka pernah menyokong badan itu dalam menyiasat isu 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) tahun lalu.

“Jika sokongan kepada SPRM atau agensi-agensi penguatkuasa yang lain hanya diberikan ketika keadaan yang menguntungkan politik sesetengah pihak, maka jelaslah sokongan itu hanya bertujuan mengaut keuntungan politik murahan semata-mata bukannya berdiri atas prinsip kebenaran.

“Pendirian yang tidak berprinsip (oleh Pakatan Harapan) seperti ini wajar ditolak,” tegas Mohd. Fauzir dalam satu kenyataan media semalam.

Guan Eng yang selama ini sering menuduh kerajaan Barisan Nasional tidak amanah kini berhadapan dua pertuduhan salahguna kuasa dan rasuah selepas siasatan SPRM mempercayai beliau yang sebenarnya tidak amanah dalam melaksanakan tugasnya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

Bagi pertuduhan pertama Guan Eng didakwa sebagai penjawat awam iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang, telah menggunakan kedudukannya untuk suapan bagi dirinya dan isterinya Betty Chew Gek Cheng, meluluskan Permohonan Perlingkungan Semula daripada Zon Pertanian kepada Zon Perumahan Awam di Daerah Barat Daya Pulau Pinang kepada sebuah syarikat, Magnificient Emblem Sdn. Bhd.

Beliau yang berusia 56 tahun didakwa melakukan kesalahan itu ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Pulau Pinang di Bilik Gerakan, Tingkat 28, Bangunan Komtar, George Town di sini pada 18 Julai 2014.

Dia didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, atau mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Guan Eng didakwa sebagai penjawat awam iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang telah mendapatkan untuk dirinya suatu barang berharga dengan suatu balasan yang diketahui tidak mencukupi, iaitu lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat No 25, Jalan Pinhorn, George Town di sini daripada ahli perniagaan Phang Li Koon dengan harga RM2.8 juta.

Sedangkan nilaian semasa hartanah itu adalah sebanyak RM4.27 juta yang mana tertuduh mengetahui bahawa Phang mempunyai hubungan dengan kerja-kerja rasminya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Lim Guan Eng
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyasarkan pihak bank berbanding...

Lim Guan Eng Tegur PMX Anwar: Tidak Patut Memecahbelahkan Rakyat Golongan T20, 80 Peratus

Lim Guan Eng Tegur PMX Anwar: Tidak Patut Memecahbelahkan Rakyat Golongan T20, 80 Peratus

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sepatutnya memecahbelahkan rakyat kepada 'kami' dan 'mereka' iaitu golongan berpendapatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd