• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Pasang Bendera DAP Kira Banteras Jenayah?” – Khairy

oleh AK-47
02/09/2014
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyelar penubuhan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) oleh kerajaan Pulau Pinang kerana dilihat lebih bermotifkan politik.

Sangsi dengan dakwaan kononnya PPS ditubuhkan untuk membanteras jenayah, Khairy sebaliknya memuat naik di laman Twitter sekeping gambar yang menunjukkan anggota PPS sedang memasang bendera DAP di sebuah majlis.

“PPS jaga keselamatan rakyat Pulau Pinang? Pasang bendera DAP tu kira nak banteras jenayah kot?” tulis Khairy di Twitternya pada Isnin.

Selain itu Khairy yang juga ketua pemuda Umno dan Barisan Nasional (BN) turut memuat naik gambar lain yang menunjukkan sekumpulan anggota PPS berarak menaiki motorsikal sambil mengibarkan bendera DAP.

“PPS tengah membanteras jenayah di Pulau Pinang sambil membawa panji-panji kerajaan negeri?” soalnya.

KJ PPS 2

Satu lagi paparan skrin daripada Twitter Khairy yang menunjukkan aktiviti anggota PPS.

Pada Ahad, polis menahan seramai 156 anggota PPS Pulau Pinang kerana ingkar amaran supaya tidak menjalankan sebarang aktiviti selepas mendapati pasukan itu merupakan sebuah pertubuhan haram yang tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata, kesemua anggota PPS termasuk pengerusinya yang juga Exco Pulau Pinang, Phee Boon Poh bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 Akta Pertubuhan kerana tidak berdaftar dengan ROS.

Selain itu Khairy berkata, kerajaan negeri sepatutnya bekerjasama dengan unit Rakan Cop di bawah Polis Di Raja Malaysia (PDRM) bagi menggalakkan orang ramai terlibat dalam usaha membanteras jenayah.

“Kerajaan Pulau Pinang sepatutnya bekerjasama dengan Rakan Cop PDRM daripada menubuhkan PPS secara haram.

“PDRM sudah ada program Rakan Cop. Program yang melibatkan komuniti. Kenapa nak tubuh tentera sendiri di Pulau Pinang,” katanya. – Mstar Online

Tags: Khairy JamaluddinPPS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KJ Mohon Akaun UMNO Diaktifkan Semula, “Insya’Allah, I’m Coming Home”

KJ Mohon Akaun UMNO Diaktifkan Semula, “Insya’Allah, I’m Coming Home”

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memohon agar pemecatan keahliannya dibatalkan dan nombor...

Presiden UMNO Berjaya Bawa Pulang Tokoh-Tokoh – Khairuddin

Presiden UMNO Berjaya Bawa Pulang Tokoh-Tokoh – Khairuddin

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr. Khairuddin Takiri menyifatkan gagasan 'Rumah Bangsa' sebagai langkah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd