• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Budak 2 Tahun Maut Diliwat Guna Alat Pemateri Panas

oleh AK-47
02/07/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELEPAS kisah Eno Farihah yang mati dirogol akibat alat sulitnya dirodok cangkul, Indonesia sekali lagi digemparkan dengan kes pembunuhan seksual mengerikan.

Terbaharu, menimpa seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang maut setelah dipercayai didera dan diliwat oleh bapa saudaranya sendiri.

Budak 2 Tahun Maut Diliwat Guna Alat Pemateri Panas

Lebih mengerikan, anak tidak berdosa itu didapati diseksa dengan kejam apabila lubung duburnya dicucuh dengan alat pemateri panas.

Dalam kejadian yang berlaku di Kendiri, Jawa Timur pada Isnin lalu, mangsa disahkan meninggal dunia kerana kecederaan teruk di kepala setelah dicampak ke lantai sebanyak dua kali oleh Sentot Yuniarto, 30, ketika cuba meliwat mangsa.

Suspek yang tinggal di rumah nenek mangsa dilaporkan melakukan perbuatan terkutuk itu sebanyak dua kali.

Perbuatannya terbongkar apabila bapa mangsa yang pergi mencari anaknya terkejut melihat mangsa dalam keadaan pengsan dan luka di wajah.

Setelah dibawa ke hospital doktor mengesahkan mangsa diliwat dan mempunyai kesan lecuran parah di bahagian dubur.

Budak 2 Tahun Maut Diliwat Guna Alat Pemateri Panas
Alat Pemateri

Mangsa yang koma akhirnya meninggal dunia di hospital keesokan harinya.

Polis kemudiannya memberkas suspek yang mengaku bertanggung jawab melakukan perbuatan keji itu.

Menurut Sentot, dia meliwat kanak-kanak itu ketika mangsa tidak sedarkan diri selepas pengsan dicampak ke lantai.

“Saya membalingnya ke lantai dan mencucuh duburnya dengan solder listrik panas (alat pemateri panas), sebab dia enggan diliwat,” kata Sentot kepada para wartawan di balai polis Kediri Kota.

Dakwa Sentot dia melakukan liwat terhadap anak saudaranya kerana tertekan dengan isterinya, selain nafsunya tidak dapat dipuaskan.

Budak 2 Tahun Maut Diliwat Guna Alat Pemateri Panas

Difahamkan, Sentot kerap membawa abang-abang mangsa yang berusia enam dan empat tahun untuk bermain bersamanya sementara dia bekerja di sebuah kedai elektronik.

Sementara itu, keluarga mangsa berharap Sentot menerima hukuman mati akibat perbuatan kejamnya itu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: IndonesiaLiwat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

29/04/2026
0

KEMALANGAN keretapi di Bekasi baru-baru ini menyebabkan kematian 14 orang...dan Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak Indonesia, Arifah Fauzi, tampil...

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

23/04/2026
0

INDONESIA sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan levi ke atas kapal komersial yang melalui Selat Melaka, lapor Anadolu Ajansi, memetik media tempatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd