• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Arya Permana, Budak 10 Tahun Tergemuk Dunia

oleh Ahmad Albab
30/06/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG budak lelaki di Indonesia yang digelar sebagai budak tergemuk dunia terpaksa mengambil keputusan untuk menurutkan berat badan demi menyelamatkan nyawanya sendiri.

Arya Permana, 10, telah disahkan sebagai seorang budak yang obes terlampau dengan berat badan yang mencecah 190 kilogram.

Arya terpaksa berhenti sekolah kerana dia tidak mampu menampung berat badannya. Akibat terlalu gemuk, dia juga mengalami kesukaran untuk berjalan.

Ibunya, Rokayah Somantri berkata Arya sentiasa berada dalam keadaan lapar dan biasanya akan makan dua kali ganda daripada jumlah pemakanan orang dewasa. Arya juga sering mengadu kepenatan dan semput.

“Dia hanya makan dan kemudian akan tidur jika tidak ada apa-apa untuk dilakukan. Dia juga akan mandi di kolam dan berada di dalam kolam selama beberapa jam,” tambah Rokayah.

dp

2

Arya merupakan anak kedua hasil perkahwinan Rokayah, 35, bersama Ade Somantri, 45, dan dia dilahirkan dengan berat 3.17 kilogram.

Menurut Rokayah, berat badan Arya mula naik sejak berumur dua tahun dan mereka menyangka itu merupakan peningkatan berat badan yang sihat bagi bayi yang sedang membesar.

“Kami gembira melihat dia semakin membesar tetapi beberapa tahun selepas itu, beratnya sudah tidak dapat dikawan. Kini kami mula sedar sebenarnya Arya sakit dan memerlukan rawatan,” kata Rokayah.

Rokayah dan suaminya telah membawa Arya berjumpa dengan beberapa orang doktor di barat Java tetapi doktor-doktor tersebut tidak menemui sebarang perkara ganjil tentang kenaikan berat badannya.

Kerana tidak mampu menampung harga rawatan hospital, Rokayah dan suami membuat keputusan untuk mengawal sendiri pemakanan anaknya itu dengan memaksa Arya memakan brown rice. -MYNEWSHUB.CC

Tags: budak gemukIndonesiaObes
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden MIC, Kohilan Pillay menyuarakan kebimbangan terhadap kenaikan mendadak harga diesel di Malaysia yang didakwa...

Dakwaan Malaysia Serah 5,207 Hektar Tanah Kepada Indonesia Tak Benar, Satu Penipuan – PM

Dakwaan Malaysia Serah 5,207 Hektar Tanah Kepada Indonesia Tak Benar, Satu Penipuan – PM

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Dakwaan Malaysia menyerahkan seluas 5,207 hektar tanah kepada Indonesia sebagai pampasan bagi tiga kampung di Nunukan, Sabah-Kalimantan adalah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd