• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Indonesia Suntik Semula Kanak-Kanak Mangsa Vaksin Palsu

oleh Ahmad Albab
29/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KERAJAAN Indonesia akan memanggil semula kesemua kanak-kanak berusia 10 tahun dan kebawah untuk mendapatkan semula suntikan vaksin selepas menumpaskan sindiket penghasilan dan penjualan vaksin palsu secara haram.

Tidak dapat dipastikan dengan tepat bilangan kanak-kanak yang akan dipanggil untuk mendapatkan suntikan vaksin yang baru, tetapi dijangkakan ia akan melibatkan jutaan kanak-kanak di negara tersebut.

Media tempatan melaporkan bahawa polis Indonesia telah menahan 15 suspek dalam empat wilayah di Jawa baru-baru ini dan telah berjaya merampas vaksin palsu, termasuk bahan-bahan vaksin yang digunakan untuk polio dan hepatitis B.

Menurut pengakuan suspek yang ditahan, vaksin palsu telah diedarkan di seluruh Indonesia sejak tahun 2013 dan mengakui mereka juga mengedarkan vaksin tersebut ke hospital dan pusat kesihatan masyarakat.

Menteri kesihatan, Nila Moelek di Dewan Rakayat pada hari Isnin lalu telah mengatakan vaksin palsu yang diedarkan mungkin mengandungi campuran cecair intravena dan antibiotik yang mungkin berbahaya kepada kanak-kanak.

Tambahnya, walaupun tiada kematian direkodkan setakat ini, kanak-kanak yang mendapat suntikan vaksin palsu tidak akan mempunyai daya imuniti terhadap penyakit yang mereka sepatutnya dilindungi dengan pengambilan vaksin tersebut.

“Oleh kerana itu, Kementeri Kesihatan telah membuat keputusan akan memberikan suntikan vaksin sekali lagi kepada kanak-kanak yang terjejas dengan vaksin palsu dan ia akan diberikan secara percuma,” kata Nilla.

Scandal vaksin di Indonesia berlaku sebulan selepas bantahan kesihatan-awam melanda negara China dimana vaksin palsu telah diedarkan di 24 wilayah sejak tahun 2010 yang kemudian membawa kepada penangkapan dan protes. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Indonesiasuntikan vaksinvaksin palsu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden MIC, Kohilan Pillay menyuarakan kebimbangan terhadap kenaikan mendadak harga diesel di Malaysia yang didakwa...

Dakwaan Malaysia Serah 5,207 Hektar Tanah Kepada Indonesia Tak Benar, Satu Penipuan – PM

Dakwaan Malaysia Serah 5,207 Hektar Tanah Kepada Indonesia Tak Benar, Satu Penipuan – PM

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Dakwaan Malaysia menyerahkan seluas 5,207 hektar tanah kepada Indonesia sebagai pampasan bagi tiga kampung di Nunukan, Sabah-Kalimantan adalah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd