• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TNB Nasihat Waspada Guna Elektrik Sambut Hari Raya

oleh Ahmad Albab
26/06/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menjelang Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi, Tenaga Nasional Berhad (TNB) hari ini mengeluarkan tips keselamatan elektrik kepada orang ramai yang bakal menyambut perayaan tersebut.

TNB dalam satu kenyataan media berkata, dalam keghairahan menyambut perayaan Aidilfitri yang bakal tiba, orang ramai perlu menitikberatkan aspek keselamatan elektrik semasa membuat persiapan hari lebaran tersebut.

Pengurus Besar Kanan (Hal Ehwal Korporat dan Komunikasi) TNB, Datuk Ir. Mohd. Aminuddin Mohd. Amin berkata, langkah-langkah pencegahan perlu diambil bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini sewaktu sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Saya sarankan supaya pengguna tidak membebankan soket dengan menggunakan adapter elektrik secara berlebihan.

“Ini bagi mengelakkan bebanan elektrik yang tinggi sehingga boleh menyebabkan berlakunya gangguan bekalan.

“Sekiranya pendawaian elektrik tambahan perlu dilakukan, jangan membuat sambungan sendiri.

“Sebaliknya, dapatkan khidmat kontraktor elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohd. Aminuddin seterusnya berkata, jika perlu menggunakan wayar sambungan tambahan, orang ramai perlu menjauhkannya dari kawasan berair.

Beliau turut menggalakkan orang ramai supaya idak membaiki atau mengubah suai peralatan elektrik kerana ia hanya boleh dilakukan oleh mereka yang pakar dan berkelayakan.

“Jangan memasang suis elektrik dengan tangan yang basah dan sentiasa memastikan peralatan elektrik sentiasa dalam keadaan yang baik,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: TNB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Banjir: TNB Tutup Bekalan Elektrik Di Beberapa Lokasi Di Alor Setar, Sik

Banjir: TNB Tutup Bekalan Elektrik Di Beberapa Lokasi Di Alor Setar, Sik

01/12/2024
0

ALOR SETAR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) menutup bekalan elektrik di beberapa kawasan di sini dan Sik demi keselamatan orang...

Banjir: TNB Nafi Putuskan Bekalan Elektrik Di Alor Setar

Banjir: TNB Nafi Putuskan Bekalan Elektrik Di Alor Setar

30/11/2024
0

ALOR SETAR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) menafikan dakwaan akan memutuskan bekalan elektrik dari Anak Bukit ke Kepala Batas, Kubang Pasu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd