• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bantuan Khas: Pekebun Getah Digesa Segera Mendaftar

oleh Ahmad Albab
26/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PADANG BESAR – Para pekebun kecil getah termasuk pemilik kebun dan penoreh getah dinasihat segera mendaftar dengan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda), bagi membolehkan mereka mendapat Bantuan Khas Kejatuhan Harga Getah.

Pengerusinya Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata sejak pengumuman bantuan berkenaan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 10 Jun lepas, hanya 135,644 pekebun kecil di negara ini yang mendaftar daripada keseluruhan 388,111 pekebun.

“Penoreh getah dan mereka yang memiliki kebun getah tidak melebihi 2.5 hektar serta belum mendaftar boleh berbuat demikian segera di mana-mana pejabat Risda negeri atau daerah sebelum 31 Ogos depan untuk manfaat tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Ramah Mesra Bersama Pengerusi RISDA di Dewan Seri Melati di sini hari ini, turut hadir ialah Pengarah RISDA negeri, Ramlie Tumin.

Pada majlis itu, Zahidi turut menyampaikan sumbangan wang tunai berjumlah RM120,000 sempena Aidilfitri kepada 1,300 penerima daripada kumpulan asnaf, penoreh getah, mangsa ribut dan ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Parlimen Padang Besar.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Padang Besar berkata, pendaftaran segera amat perlu bagi membolehkan setiap nama berdaftar diproses sementara bayaran akan dibuat secara berperingkat-peringkat.

Di Perlis, sebanyak 409 pekebun kecil dan penoreh getah telah menerima bantuan masing-masing daripada keseluruhan 4,115 orang yang telah mendaftar. – BERNAMA

Tags: Pekebun KecilRisda
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peruntukan RM676.4 Juta Untuk Pekebun Kecil

Peruntukan RM676.4 Juta Untuk Pekebun Kecil

02/03/2023
0

KUALA LUMPUR - Belanjawan 2023 menyaksikan peruntukan sebanyak RM676.4 juta disalurkan kepada Pihak Berkuasa Kemajuan Perusahaan Kecil Getah (RISDA). Ikuti...

Risda Laksana Pemutihan Data Pekebun Kecil

Risda Laksana Pemutihan Data Pekebun Kecil

22/02/2023
0

KUALA LUMPUR - Pihak Berkuasa Kemajuan Perusahaan Kecil Getah (Risda) sedang giat melaksanakan pemutihan data pekebun kecil pada tahun ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd