• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Kes Difteria Dilaporkan Di Johor Setakat Ini

oleh Ahmad Albab
24/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU — Tiada kes difteria dilaporkan setakat 10 tahun kebelakangan ini di Johor, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Datuk Ayub Rahmat.

Beliau bagaimanapun menasihati ibu bapa dan penjaga agar sentiasa berwaspada kerana penyakit ini cepat menular dalam kalangan kanak-kanak dan berkait rapat dengan liputan imunisasi yang tinggi.

Ayub berkata ibu bapa perlu membawa anak-anak mereka yang mengalami gejala seperti demam, batuk, sakit tekak dan susah menelan untuk rawatan segera di mana-mana pusat perubatan kerajaan atau swasta.

“Hal ini membolehkan diagnosa awal dilakukan dan jika positif menerima rawatan profilaksis,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menjelang musim raya dan cuti ini, Ayub berkata bagi kanak-kanak yang belum layak dan belum sempat melengkapkan imunisasi supaya tidak dibawa ke tempat tumpuan orang ramai untuk mengurangkan kebarangkalian pendedahan kepada jangkitan difteria yang mudah menular apatah lagi di tempat tumpuan umum.

Ibu bapa juga dinasihatkan supaya melengkapkan imunisasi anak-anak mereka dengan segera termasuk melengkapkan pengambilan vaksin difteria seperti dalam Program Imunisasi Kanak-Kanak Kebangsaan untuk melindungi anak-anak mereka.

Vaksin ini boleh diperoleh secara percuma di mana-mana klinik kesihatan kerajaan berdekatan, kata Ayub.

Beliau berkata fenomena mereka yang enggan memberikan suntikan imunisasi kepada anak-anak mereka di klinik-klinik amat membimbangkan kerana menyebabkan berlakunya kematian atau kecacatan kepada anak-anak yang dijangkiti serta perebakan jangkitan penyakit berjangkit yang berbahaya kepada masyarakat.

“Peringatan khusus diberikan buat golongan pergerakan antivaksin bahawa vaksin lima serangkai, Dtap-IPV/Hib (Difteria, Pertussis, Tetanus, Polio dan Haemophilus Influenza type B) boleh melindungi kanak-kanak daripada mendapat penyakit berkaitan dan jika dijangkiti juga hanya mengalami gejala ringan dan terlindung daripada komplikasi,” katanya.

Justeru kerjasama daripada ibu bapa, penjaga dan semua pihak yang berkait rapat dengan kebajikan dan kesihatan kanak-kanak amat diperlukan bagi membendung penyakit ini.

Ayub berkata antara sebab penolakan imunisasi adalah kerana keraguan mereka terhadap status halal atau haram vaksin tersebut dari sudut agama Islam.

Jelas beliau, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam telah memutuskan imunisasi adalah satu-satunya cara pencegahan yang dapat dilakukan bagi mengelakkan penyakit seperti campak, tibi, batuk kokol, dipteria, tetanus atau polio.

“Oleh hal yang demikian penggunaan vaksin dalam imunisasi adalah harus dari segi syarak,” tegasnya.

Difteria adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria bertoksin Corynebacterium diphteriae, dan boleh tersebar melalui titisan cecair pernafasan secara langsung atau melalui sentuhan peralatan yang dicemari oleh orang yang dijangkiti. – BERNAMA

Tags: DifteriaJohor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong meminta kerajaan Johor memberi penjelasan mengenai masalah banjir yang masih berlaku...

Kekuatan BN Terletak Pada Kesatuan Saf Dan Semangat Kebersamaan – Khaled Nordin

Kekuatan BN Terletak Pada Kesatuan Saf Dan Semangat Kebersamaan – Khaled Nordin

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan kekuatan Barisan Nasional (BN) sentiasa terletak pada kesatuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd