• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JDT Ke Perlawanan Akhir Piala Malaysia Dengan Agregat 6-5

oleh Ahmad Albab
26/10/2014
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – Johor Darul Ta’zim (JDT) mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia selepas menewaskan Felda United 3-1 pada pusingan separuh akhir kedua di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada Sabtu malam.

JDT mara dengan agregat 6-5 selepas terlebih dahulu tewas 3-4 pada separuh akhir pertama di Stadium Selayang, Isnin lalu.

JDT, yang juga juara Liga Super musim ini, akan bertemu Pahang pada perlawanan akhir 1 Nov.

Pada perlawanan malam ini, kedua-dua pasukan tampil dengan aksi menarik namun skuad bimbingan Bojan Hodak terlebih dahulu menjaringkan gol pada minit ke-29 menerusi tendangan percuma di luar kotak penalti yang disempurnakan pemain import Luciano Gabriel Figueroa.

Namun kegembiraan pasukan tuan rumah tidak lama apabila Felda United menyamakan kedudukan enam minit kemudian.

Gol Felda United disempurnakan Mohd Raimi Mohd Noor selepas menerima hantaran lintang Makeche Ndumba pada minit ke-35.

Masuk babak kedua, JDT dan Felda United masing-masing menggandakan asakan ke kubu lawan.

Figueroa sekali lagi menceriakan lebih 30,000 penyokong tuan rumah apabila menjaringkan gol kedua pada minit ke-63 selepas menerima hantaran cantik Jorge Pereyra Diaz.

Skuad Harimau Selatan terus mengukuhkan kedudukan apabila Amri Yahya menjaringkan gol ketiga JDT pada minit ke-71.

Namun JDT terpaksa membayar harga tinggi dengan kemenangan itu apabila kapten pasukan Mohd Aidil Zafuan bakal terlepas aksi final apabila digantung perlawanan selepas menerima kad kuning menerusi kedua-dua aksi separuh akhir.

Aidil menerima kad kuning kedua pada minit ke-66.

Dua lagi kad kuning turut dilayangkan pada minit ke-81 dan minit ke-88 kepada pemain Felda United Zah Rahan Krangar dan pemain JDT Marcos Antonio, masing-masing akibat mengasari pasukan lawan.

Perlawanan sedikit kecoh pada masa kecederaan sehingga memaksa pengadil Suhaizi Shukri melayangkan kad merah kepada pemain JDT Mohd Nazrin Mohd Nawi dan pemain Felda United Abdul Latiff Suhaimi. – BERNAMA

Tags: JDTPiala Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Kongsi ‘Wall of Champions’ Tarik Perhatian Netizen

Tunku Mahkota Ismail Kongsi ‘Wall of Champions’ Tarik Perhatian Netizen

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Perkongsian carta “Wall of Champions” Juara Piala AFC oleh Tunku Mahkota Ismail menarik perhatian penyokong bola sepak...

Satu Kegagalan Kecil Tidak Memadam Satu Musim Yang Luar Biasa

Satu Kegagalan Kecil Tidak Memadam Satu Musim Yang Luar Biasa

14/05/2026
0

TAK usah seronok sangat JDT tak mara ke final Shopee Cup. Macamlah pasukan masing-masing baru angkat treble Eropah. Seolah-olah Harimau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd