• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TH Sediakan 600 Petugas Kawal Selia 22,320 Jemaah Haji

oleh Ahmad Albab
17/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MADINAH – Tabung Haji (TH) menyediakan 600 petugas untuk kawal selia 22,320 jemaah Malaysia menunaikan Ibadat Haji di Arab Saudi pada tahun ini.

Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Syed Salleh Syed Abdul Rahman berkata secara puratanya setiap lapan orang petugas akan menjaga 3,200 jemaah bagi tempoh 45 hari pada musim haji yang akan bermula antara Ogos dan September nanti.

Beliau berkata 600 petugas itu terbahagi kepada dua kumpulan iaitu Rombongan Kebajikan seramai 350 petugas dan Rombongan Kesihatan yang terdiri daripada 250 petugas.

“Petugas Haji dari Rombongan Kebajikan adalah anggota TH sendiri, petugas dari agensi lain seperti Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kor Agama Angkatan Tentera dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Pembimbing Ibadat Haji (Pihtas),” katanya kepada pemberita Malaysia mengenai persiapan TH bagi musim haji tahun ini, di sini.

Rombongan Kesihatan pula akan terdiri daripada doktor-doktor pakar dan kakitangan kesihatan, katanya.

Syed Salleh berkata TH juga mengambil tenaga tambahan daripada kalangan penduduk tempatan sebagai Pembantu Petugas Haji (Patuh), seramai 260 orang.

Beliau berkata latihan dan kemahiran petugas haji diberi penekanan melalui beberapa siri kursus yang diadakan sepanjang tahun sebelum bermulanya operasi haji.

“Ini adalah bagi melahirkan seorang Petugas Haji Idaman yang kompeten, mesra, cekap dan bermaklumat di setiap stesen operasi sama ada di tanah air maupun di Tanah Suci semasa berurusan dengan para jemaah,” katanya.

Bagi Operasi Haji Tanah Air di Malaysia pula bilangan petugas TH adalah seramai 250 orang dan agensi awam antara 800 hingga 1,200 orang, katanya.

Beliau berkata petugas agensi luar termasuk kakitangan PDRM, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Sukarelawan Malaysia, Jabatan Kesihatan negeri, Majlis Perbandaran dan kerajaan negeri,” katanya. – BERNAMA

Tags: jemaah hajiTabung Haji
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Tinggalkan Khemah Mina Bersih Dan Teratur

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Tinggalkan Khemah Mina Bersih Dan Teratur

30/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan memuji sikap dan disiplin jemaah haji...

Penerbangan Bawa 278 Jemaah Haji Malaysia Mendarat Di Oman Ekoran Isu Teknikal

Penerbangan Bawa 278 Jemaah Haji Malaysia Mendarat Di Oman Ekoran Isu Teknikal

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan penerbangan KT051 (MH8110) kendalian Malaysia Airlines (MAS) yang membawa jemaah haji Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd