• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kelab Bola Sepak Bukan Penjara, Titah TMJ

oleh Ahmad Albab
16/06/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Kelab bola sepak bukan sebuah penjara. Itulah sebab ia dipanggil kelab bola sepak. Pemain bebas untuk berpindah dan pergi ke mana sahaja yang mereka mahu termasuk pemain Johor Darul Ta’zim (JDT)”

Demikian titah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim selaku pemilik JDT mengulas tentang isu membabitkan pemain Selangor, Azrif Nasrulhaq yang berhasrat berpindah ke Johor pada pertengahan musim ini.

Titah Tunku Ismail, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menyebut dengan jelas bahawa seseorang pemain bola sepak boleh menerima tawaran mana-mana pasukan yang mereka mahu selagi pemain terbabit menebus kontrak dengan pasukan lama.

“Yang menghairankan di Malaysia, kelab dan persatuan mengancam pemain agar tidak meninggalkan kelab. Ini termasuk mengugut pemain dan keluarga mereka, memanipulasi penyokong serta mengenakan denda ke atas pemain,” titah baginda dalam satu kenyataan hari ini.

Media hari ini melaporkan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) memberi syarat kepada Azrif supaya membayar RM2 juta jika mahu menebus kontraknya dengan pasukan Selangor bagi menyempurnakan hasratnya berhijrah ke JDT.

Mengulas lanjut perkara itu, Tunku Ismail bertitah, baginda dimaklumkan Azrif telah menghantar surat kepada FAS menyatakan tidak lagi mempunyai keinginan untuk mewakili kelab itu sebelum ini.

Titah baginda, pihak FAS telah berjanji kepada keluarga pemain tersebut untuk melepaskan Azrif dalam perpindahan pemain pertengahan musim kerana pemain itu tidak lagi mempunyai hati untuk bermain dalam pasukan.

Justeru, baginda berharap supaya Azrif bersabar dan tahu masalah yang berlaku tersebut bukan salah FAS tetapi berpunca daripada individu-individu tertentu dalam FAS.

“Sedih di negara ini pegawai-pegawai tertinggi dalam bola sepak masih mengugut pemain dan keluarga mereka. Kepada bapa Azrif, semoga berjaya untuk RM2 juta,” titah baginda.

Baginda turut mengulas tentang isu pemain import PKNS, Gabriel Guerra menyarung jersi JDT yang dianggap sengaja diperbesarkan oleh pihak tertentu.

“Guerra memberitahu saya bahawa “Ia bukan mengenai apa yang saya lakukan tetapi adalah kerana mereka membenci Tunku,” titah Tunku Ismail.

“Saya juga sedar PKNS berhasrat memastikan Guerra menandatangani kontrak baharu. Ini untuk memastikan apabila JDT ingin mendaftar pemain ini di masa akan datang, PKNS akan mendapat wang dari perjanjian tersebut. Maaf, itu tidak akan berlaku,” titah baginda. – Mynewshub.cc

Tags: JDT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Bukan Sekadar Sukses Di Padang Bola, Tapi Di Litar Lumba Dan Gelanggang Bola Jaring

JDT Bukan Sekadar Sukses Di Padang Bola, Tapi Di Litar Lumba Dan Gelanggang Bola Jaring

15/06/2026
0

KEJAYAAN Johor Darul Ta'zim (JDT) tidak lagi terhad kepada bola sepak. Hampir setiap bidang sukan disertai menjulang prestasi. Menjadikan JDT...

Tunku Panglima Johor Bakal Cipta Sejarah, JMR Buat Penampilan Sulung 24 Jam Le Mans

Tunku Panglima Johor Bakal Cipta Sejarah, JMR Buat Penampilan Sulung 24 Jam Le Mans

13/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Johor Motorsports Racing (JMR) bakal mencipta detik bersejarah apabila membuat penampilan sulung dalam perlumbaan ketahanan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd