• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nelayan Sungai Besar Piket Bantah Cadangan Caj Jeti

oleh Ahmad Albab
16/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI BESAR – Kira-kira 100 nelayan Sungai Besar mengadakan demonstrasi aman membantah cadangan mengenai caj jeti pendaratan dan tambatan bot-bot nelayan di setiap pangkalan nelayan, di negeri ini.

Kumpulan nelayan itu mahu kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan PKR menarik balik cadangan yang disifatkan bukan sahaja tidak masuk akal tetapi turut dilihat sebagai tindakan yang seolah-olah menekan pendapat­an nelayan.

Pengerusi Persatuan Nelayan Selangor (Penegor) Mohd Jaman Haris berkata pihaknya telah menghantar memorandum yang ditandatangani melibatkan perwakilan daripada 72 Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) kepada Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada 27 Mei lepas.

“Saya mewakili 6,000 nelayan telah menuntut kepimpinan Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya membatalkan cadangan untuk mengenakan cukai RM600 setahun kepada golongan nelayan di negeri ini, namun belum menerima sebarang maklum balas sehingga kini.

“Kita menuntut kerajaan negeri segera menyatakan pendirian terutama sekali untuk menghilangkan kegelisahan nelayan-nelayan yang ada di seluruh negeri Selangor,” katanya.

Baru-baru ini, kerajaan Selangor menerusi Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengeluarkan cadangan untuk mengenakan caj jeti pendaratan dan tambatan bot sebanyak RM600 setahun ke atas 6,000 nelayan di negeri itu.

Cadangan itu dikatakan turut melibatkan bayaran cukai ke atas penggunaan jeti-jeti yang dibina oleh kerajaan pusat, pihak swasta dan jeti seliaan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Menyifatkan kesal dengan cadangan itu, Mohd Jaman berkata kerajaan negeri sepatutnya mencari jalan untuk membantu menambah pendapatan golongan nelayan di ne­geri ini selaras dengan slogan mereka iaitu ‘hasil negeri untuk rakyat’.

Difahamkan, kerajaan negeri sejak awal tahun ini telah melakukan bancian di tiga jeti besar di Pelabuhan Klang, Sungai Besar dan Kuala Selangor setakat ini dan hanya dua kawasan lagi iaitu Kuala Langat dan Sepang yang belum dilakukan bancian.

Mengulas lanjut katanya kebanyakan jeti besar di ne­geri ini sama ada di kawasan Sungai Besar, Kuala Selangor, Pelabuhan Klang, Kuala Langat dan Sepang dibina oleh kerajaan pusat menerusi LKIM manakala pengurusannya diletakkan di bawah persatuan nelayan di kawasan masing-masing.

“Mengapa pula kerajaan negeri mahu mengenakan caj jeti pendaratan dan jeti tambatan seba­nyak RM600 setahun kepada kami sedangkan selama ini kami tidak dikenakan sebarang caj ke atas penggunaan jeti sedia ada?,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Jaman berkata pihaknya tidak ada masalah untuk menerima cadangan kerajaan negeri mahu mengenakan bayaran Lesen Menduduki Sementara (TOL) bagi tanah jeti di negeri ini namun biarlah dibuat pada kadar munasabah dan tidak membebankan golongan nelayan.

Sementara itu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang turun padang melawat nelayan berkenaan berkata tiada kewajaran untuk mengenakan caj itu pada para nelayan di negeri itu.

“Saya faham kerajaan negeri atau mana-mana kerajaan nak kutip hasil, tapi tidak membabitkan produktiviti rakyat apatah lagi mereka tidak memberikan sebab yang jelas untuk mengenakan caj itu,” katanya.

Menurut beliau jika alasan mereka mahu menggunakan caj tersebut untuk tujuan menambah kemudahan seperti bilik sejuk beku dan memodenkan kawasan itu, maka ia boleh diterima pakai. – BERNAMA

Tags: Kerajaan SelangorNelayan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

Lebih 20 Hari Penduduk Bergelap, Kerajaan Selangor Adakan Mesyuarat Isnin Ini Cari Penyelesaian

Lebih 20 Hari Penduduk Bergelap, Kerajaan Selangor Adakan Mesyuarat Isnin Ini Cari Penyelesaian

26/12/2025
0

PELABUHAN KLANG: Kerajaan Selangor akan mengadakan mesyuarat pada Isnin ini bagi membincangkan tindakan selanjutnya berhubung pembaikan sistem pendawaian elektrik membabitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd