• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tapak Tangan Budak 11 Tahun Terbelah Akibat Mercun

oleh AK-47
10/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BARU empat hari berpuasa di bulan Ramadan, seorang kanak-kanak berusia 11 tahun dilaporkan terbelah tapak tangan kanannya dan putus tiga jari akibat bermain mercun di Kampung Sayong Lembah, Kuala Kangsar, petang semalam.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 6.30 petang itu, mangsa yang dikenali sebagai Adam Haikal Mohd Sabri dikatakan keluar bermain mercun setelah menerima ajakan rakannya sementara menunggu waktu berbuka.

Insiden dipercayai berpunca gara-gara mangsa tidak sempat membaling mercun yang sudah dinyalakan, sebelum meletup pada tangannya.

Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Kuala Kangsar menggunakan ambulans sebelum dipindahkan ke Hospital Taiping, kira-kira jam 9 malam tadi.

13269264_523968637794184_6332738495440609366_n

“Adam selesai menjalani pembedahan kira-kira jam 2 pagi tadi dan hanya tinggal dua jari iaitu jari telunjuk dan ibu jari.

“Dia masih dirawat di Hospital Taiping,” kata nenek mangsa, Noriah Mohd Salleh, 64, kepada BH Online.

Difahamkan, ketika kejadian jiran dikatakan telah menasihati mereka supaya tidak bermain mercun selepas balingan pertama menghasilkan bunyi yang kuat.

Namun, tidak lama kemudian, letupan kedua kedengaran disusuli dengan jeritan mangsa yang dalam kesakitan akibat mercun meletup pada tangannya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: mercun
Share208Tweet130SendShare

Related Posts

Mercun Gergasi 19KG Diimport Dari China Dijual Hingga RM5,000 Sekotak

Mercun Gergasi 19KG Diimport Dari China Dijual Hingga RM5,000 Sekotak

25/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Menerusi satu hantaran di media sosial, seorang pengguna mendakwa mercun jenis “Dai Sheng Gui Lai...

Polis Cari Individu Main Mercun Hingga Menyebabkan Kecederaan

Polis Cari Individu Main Mercun Hingga Menyebabkan Kecederaan

09/04/2023
0

Kuala Lumpur : Polis sedang mengesan individu yang disyaki bermain mercun hingga menyebabkan dua mangsa cedera di Kampung Changkat, Gombak,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd