• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1MDB Ulangi Bahawa Syarikat Itu Miliki Kedudukan Kecairan Yang Kukuh

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – 1MDB menegaskan bahawa syarikat itu memiliki kedudukan kecairan yang kukuh dan kekal fokus ke atas usaha untuk menjayakankan pelaksanaan pelan rasionalisasinya.

Menerusi satu kenyataan, ia berkata penarikan penarafan oleh Moody’s Investor Services ke atas 5.99 peratus terbitan nota tidak bercagar senior bernilai US$1.75 bilion oleh 1MDB Energy Ltd (Energy Notes), dilaksanakan tanpa penurunan penarafan kredit ‘Aa2’ Moody’s ke atas Energy Notes.

1MDB juga mengulangi bahawa Energy Notes terus memperoleh manfaat daripada penarafan ‘AA’ daripada Standard and Poor’s.

Laporan menyebut penarikan Moody’s ke atas penarafan 5.99 peratus hutang US$1.75 bilion dibuat ‘atas sebab-sebab perniagaannya sendiri’.

“Penarafan kredit ‘Aa2’ Moody’s bagi Energy notes sah sehingga peringkat penarikan balik penarafan itu, iaitu penarikan itu dilakukan tanpa menurunkan penarafan kredit,” kata 1MDB.

Ia juga berkata seperti dokumen ‘Dasar Penarikan Penarafan Kredit Moody’s yang menunjukkan bahawa penarafan kredit ditarik balik atas ‘sebab-sebab perniagaan’, ia merujuk kepada sebab-sebab perniagaan dan bukan kepentingan entiti yang diberikan penarafan atau pihak bertanggungjawab.

“Sebab-sebab perniagaan Moody’s secara umumnya tidak menggambarkan sebarang kebimbangan ke atas entiti kredit yang diberikan penarafan atau kualiti pengurusannya,” kata 1MDB. – BERNAMA

Tags: 1MDB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

31/07/2026
0

SEREMBAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam nada lembut ketika berkempen malam ini mendakwa beliau datang ke Negeri...

Rakyat Malu Skandal 1MDB, Tabung Haji, FELDA – Nga Kor Ming

Rakyat Malu Skandal 1MDB, Tabung Haji, FELDA – Nga Kor Ming

25/07/2026
0

SEREMBAN - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming meminta rakyat Negeri Sembilan tidak melupakan zaman gelap yang didakwa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd