• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UAI Jawab: Apa Hukumnya ‘Left Group’ WhatsApp?

oleh AK-47
01/06/2016
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KADANGKALA apabila grup perbualan Whatsapp terlalu aktif 24 jam serta topik yang dibualkan tersasar jauh, perasaan hendak ‘left group’ sangat memuncak. Tetapi jika keluar grup secara tiba-tiba takut ada kenalan yang terasa hati pula.

Merujuk hal ini, Ustaz Azhar Idrus (UAI) memberitahu tindakan meninggalkan grup Whatsapp tidak bermakna kita memutuskan silaturahim namun seeloknya langkah itu diberitahu dahulu agar tidak menimbulkan andaian negatif.

“Putus silaturahim ini haram, dosa besar. Berat sangat kalau contoh putus silaturahim itu, ada bapa saudara buang bapa saudara sebab ‘left group’.. bukan sampai tahap begitu.

“Namun jika seseorang berniat meninggalkan grup Whatsapp, mereka disarankan beritahu terlebih dahulu agar tidak menimbulkan sebarang andaian negatif,” katanya, seperti dilaporkan Sinar Harian.

Pendakwah itu juga memberikan alasan yang sering jadi punca tindakan ‘Left Group’ misalnya, tidak suka cara orang berbual, rasa grup tersebut tiada faedah dan terlalu banyak grup untuk dikendalikan.

“Sebaik-baiknya biarlah orang tahu sebabnya, bila orang sudah tahu mereka tidak tertanya-tanya. Bila kita nak keluar minta maaf, nyatakan sebab, jadi boleh ‘Left Group’ tiada masalah,” katanya.

Ustaz Azhar mengatakan demikian ketika ditanya dalam forum Program Bersama Ustaz Azhar Idrus, Aku, Ramadan dan Facebook di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam.

Dalam forum sama, Azhar Idrus turut menggesa pengamal media sosial memanfaatkan platform teknologi itu secara baik. – MYNEWSHUB.CC

Tags: aplikasiUstaz Azhar Idruswhatsapp
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ibu Pelajar A Dakwa Diganggu Ibu Zara Qairina Melalui WhatsApp

Ibu Pelajar A Dakwa Diganggu Ibu Zara Qairina Melalui WhatsApp

02/02/2026
0

KOTA KINABALU: Ibu kepada Pelajar A, seorang daripada lima pelajar yang didakwa menghina Allahyarham Zara Qairina Mahathir, memaklumkan Mahkamah Koroner...

SPRM Nafi Keluarkan Mesej Peringatan Rasuah PRN Sabah Menerusi WhatsApp

SPRM Nafi Keluarkan Mesej Peringatan Rasuah PRN Sabah Menerusi WhatsApp

21/11/2025
0

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) nafi mengeluarkan mesej peringatan larangan terbabit rasuah yang tular di WhatsApp berkaitan Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd