• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bomba Bawa Ibu Orang Asli Sakit Ke Hospital Gua Musang

oleh Ahmad Albab
30/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GUA MUSANG – Seorang ibu masyarakat Orang Asli dari Pos Simpor di sini dikejarkan ke Hospital Gua Musang pagi tadi akibat mengalami kesakitan selepas bersalin tiga hari lalu.

Maryant Musa, 19, dari Kampung Sedal diterbangkan dengan helikopter AW 139 Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kira-kira 9.15 pagi.

Pegawai Perhubungan Awam Unit Udara JBPM, Penguasa Bomba Siti Farizun Naim berkata pesawat tersebut berpangkalan di Bertam, Pulau Pinang.

“Pada pagi ini, pihak kami menerima laporan daripada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) mengenai ibu muda Orang Asli yang sakit selepas melahirkan anak sulung tiga hari lalu,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata yang turut diterbangkan ialah bayi lelaki wanita berkenaan.

Penerbangan diketuai juruterbang Kapten Faizal Izani Azizan dengan dibantu Kapten Sharizal Sahari dan Kuatermaster Udara, Khairul Johar Noh. – BERNAMA

Tags: BombaOrang Asli
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

06/06/2026
0

TAPAH - Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika mendaki di kawasan Gunung Batu Putih di Ipoh, Perak dilaporkan...

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

05/05/2026
0

PETALING JAYA – Tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berjaya menyelamatkan seorang wanita yang mengalami insiden jari tersepit...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd