• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRK Sg Besar: Penyertaan Parti Pembangkang Lain Untuk Tumbangkan PAS

oleh Ahmad Albab
25/05/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BAHARU – Penyertaan parti pembangkang lain pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar, Selangor adalah semata-mata untuk menumbangkan PAS dan bukannya Barisan Nasional (BN).

Merujuk hasrat Parti Amanah Negara (Amanah) untuk bertanding di kerusi itu, Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata ia menunjukkan parti pembangkang lain seperti tidak serius mahu merampas kerusi tersebut daripada tangan BN.

“Kalau kita sudah buat keputusan untuk bertanding, kalau ada parti-parti pembangkang lain yang bertanding mereka sebenarnya tidak serius untuk menumbangkan BN sebaliknya nak tumbangkan PAS,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Exco di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.

PRK Sungai Besar dan PRK Kuala Kangsar, Perak diadakan berikutan kematian anggota Parlimen bagi kedua-dua kerusi berkenaan iaitu Datuk Noriah Kasnon yang juga Timbalan Menteri Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan PRK Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar akan diadakan serentak pada 18 Jun ini, dengan penamaan calon pada 5 Jun.

Sebelum ini, Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali mengumumkan parti itu akan meletakkan calon di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, kedua-dua kerusi yang secara tradisi ditandingi parti berkenaan.

Keputusan itu dikatakan muktamad walaupun PKR sehingga kini dikatakan masih cuba untuk berunding berkaitan calon dengan PAS bagi memberi ruang kepada Pakatan Harapan (PH) untuk bersemuka satu lawan satu dengan BN.

Amanah pula baru-baru ini telah menyatakan secara terbuka kesediaannya untuk mewakili PH untuk bertanding di kedua-dua kerusi Parlimen itu dengan menamakan Presidennya Mohamad Sabu sebagai antara calon parti itu bagi PRK Sungai Besar.

Selain itu, Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub dan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin juga disenaraikan sebagai calon PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Mengulas lanjut, Mohd Amar berkata parti pembangkang sepatutnya menerima pendapat dikemukakan Tan Sri Muhammad Mohd Taib yang mencadangkan agar kerusi Parlimen diserahkan kepada PAS untuk ditandingi.

“Jadi kalau betul-betul kita serius nak menghadapi BN, mereka (parti pembangkang lain) sepatutnya menghormati pendirian PAS dan sokong (calon PAS),” katanya. – BERNAMA

Tags: PASPRK Sungai Besar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyifatkan pembangkang hari ini sebagai 'paling tidak berguna'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd