• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahmad Zahid Terima Kunjungan Hormat Anggota MPR Indonesia

oleh Ahmad Albab
25/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menerima kunjungan hormat 16 anggota Majlis Pemusyawaratan Rakyat Indonesia (MPR) di bangunan Parlimen, di sini.

Delegasi Indonesia itu diketuai Ketua MPR Dr Zulkifli Hasan, antara lain bertujuan mengeratkan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Turut hadir pada pertemuan selama 45 minit itu ialah Duta Besar Malaysia di Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim.

Zahrain ketika ditemui pemberita selepas itu berkata pertemuan berkenaan turut membincangkan kejayaan Malaysia dalam membangunkan agenda Bumiputera.

“Satu topik yang hangat dibincangkan ialah isu Bumiputera, bagaimana kita membangunkan negara ini atas asas Bumiputera,” katanya.

Anggota MPR berkenaan sedang dalam rangka lawatan suai kenal di Malaysia selama tiga hari bermula semalam, yang dianjurkan Kementerian Luar Malaysia.

Indonesia ialah rakan dagang Malaysia yang ketujuh terbesar dan ketiga terbesar dalam kalangan negara ASEAN. Jumlah perdagangan dua hala antara kedua-dua negara tahun lepas mencecah RM60.16 bilion. – BERNAMA

Tags: IndonesiaZahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

29/04/2026
0

KEMALANGAN keretapi di Bekasi baru-baru ini menyebabkan kematian 14 orang...dan Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak Indonesia, Arifah Fauzi, tampil...

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

23/04/2026
0

INDONESIA sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan levi ke atas kapal komersial yang melalui Selat Melaka, lapor Anadolu Ajansi, memetik media tempatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd