• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Perlu Menang Atas Kekuatan Sendiri – Khairy

oleh Ahmad Albab
24/05/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jentera Barisan Nasional (BN) tidak seharusnya bergantung kepada kelemahan parti pembangkang sebaliknya perlu menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar, dengan kekuatan sendiri.

Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin berkata semua jentera kempen BN perlu melaksanakan gerak kerja kempen mereka seperti yang telah dirancang.

“Kami tidak langsung rasa selesa dengan situasi yang sedang berlaku di pihak lawan kerana kita selalu dengan prinsip Pemuda UMNO iaitu bertanding dan menang atas kekuatan kita sendiri dan bukannya atas kelemahan parti lawan.

“Kami bersiap sedia untuk hadapi apa sahaja senario dalam kedua-dua PRK ini tetapi kita tidak akan ambil sikap menari mengikut rentak parti lawan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Pergerakan Pemuda UMNO di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Mengulas desas-desus bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan turun berkempen di kedua-dua PRK untuk pembangkang, Khairy berkata jentera BN perlu memfokuskan kepada gerak kerja kempen mereka.

“Kita tidak pandang siapa yang nak lawan kita dan siapa yang nak kempen menentang kita, kerana kita akan memberi tumpuan kepada gerak kerja kita sahaja,” katanya sambil menambah Pemuda UMNO akan menumpukan kepada sokongan pengundi muda.

Beliau berkata BN telah membahagikan tugas kepada setiap parti komponennya termasuklah Pemuda MCA dan Gerakan yang mempunyai gerak kerja spesifik dan akan memberi tumpuan kepada kawasan majoriti kaum Cina.

“Ada banyak isu tempatan antaranya harapan orang muda dari segi peluang ekonomi kemudahan asas untuk belia dan mengenai isu spesifik, saya dapati sebahagian besar daripada permintaan telah dipenuhi oleh wakil rakyat yang lama.

“Saya juga jangkakan isu-isu akan timbul berkenaan isu nasional dan sebagainya…itulah peranan kita untuk pastikan bahawa kalau perkara tersebut dapat dijelaskan dengan cepat dan jelas,” katanya.

PRK Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar diadakan serentak pada 18 Jun ini, manakala penamaan calon pada 5 Jun.

Kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Noriah Kasnon yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, serta Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sarawak, 5 Mei lepas.

Sementara itu, MCA Perak telah menggerakkan seluruh jentera untuk turun padang bagi mendekati komuniti Cina sebagai usaha mendapatkan sokongan kaum itu terhadap BN pada PRK Kuala Kangsar.

Pengerusi MCA Perak Datuk Dr Mah Hang Soon berkata jentera MCA sememangnya sudah bersiap sedia daripada pelbagai aspek termasuk menjalinkan hubungan dengan masyarakat Cina, pemimpin setempat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat keluarga seorang penoreh getah, Low Kam Meng di Taman Mayang Sari di Kuala Kangsar hari ini.

Mah selaku wakil MCA Perak turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM1,000 kepada Low, 51, yang hilang punca pendapatan kerana terpaksa menjaga dua orang anak serta isteri yang tidak boleh berjalan selepas terbabit dalam satu insiden pada 14 April lalu.

Low juga menerima bantuan sebanyak RM250 setiap bulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat. – BERNAMA

Tags: Khairy Jamaluddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd