Selepas namanya kini banyak berlegar di media berkenaan kes kegagalan ujian doping, pemain badminton negara Datuk Lee Chong Wei tetap sempat memuatnaik gambarnya menyambut hari lahir ke-32 di laman twitter.
Lee meraikan hari istimewa itu bersama isterinya Wong Mew Choo dan anak mereka Kingston.
Nama beliau didedahkan sebagai atlet Malaysia yang gagal ujian itu oleh stesen televisyen TV3 dan The Star.
Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) sehingga kini masih enggan mendedahkan nama atlet berkenaan tetapi hanya memaklumkan atlet elit negara.
Ujian berkenaan dilakukan pada sampel A di Kejohanan Badminton Dunia di Copenhagen, Denmark Ogos lepas dan keputusan ujian sampel A yang positif bahan terlarang itu diketahui selepas berakhir Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan baru-baru ini.
Difahamkan kini, Lee sudah pun memohon untuk dilakukan ujian ke atas sampel B.
Semalam, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, identiti atlet berkenaan tidak akan didedahkan selagi keputusan ujian ke atas sampel B tidak diketahui.
“Jika sampel B itu ternyata negatif, tidak adil untuk atlet itu kerana namanya sudah tercemar,” kata Khairy kepada pemberita.
Agensi berita antarabangsa seperti Xinhua melaporkan tentang ujian dadah positif Lee, memetik sumber media Malaysia. – MYNEWSHUB.CC
Oleh : IBNU KÂÂ


