• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dulu Sembah Semua.. Tapi Kini Hati ALF Pada ALLAH

oleh AK-47
23/05/2016
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

15 TAHUN sebagai gengster maknanya kehidupan dunia kanak-kanak, remaja dan usia muda diabdikan pada kerja jenayah dan keganasan.

Abang Long Fadil, 29, memulakan dunia hitam semuda usia 12 tahun. Jenayah pertamanya ialah membelasah seorang remaja dengan kayu besbol hingga cedera parah.

Akibatnya, Abang Long Fadil dijatuhkan hukuman penjara. Pada usia 12 tahun juga, ketika dalam tahanan dia mencacah tatu pertamanya.

Keluar masuk penjara selepas itu menambahkan lagi koleksi tatu serta meningkatkan status elitnya dalam hierarki gengster.

Kerana dunia gengster dikuasai ritual Cina, kerapkali Abang Long Fadil terbabit hingga ke perlakuan yang menyesatkan akidah.

Paling teruk kesesatan melampau kerana menyertai acara ritual kongsi gelap yang bertuhankan dewa-dewa keganasan.

“Saya minum arak, makan babi, ambil dadah. Malah, saya kutuk Allah,” katanya penuh nada kesal.

Pertemuan empat mata dalam sesi rakaman eksklusif #PenghijrahanFenomena di Singapura dengan Ketua Pegawai Eksekutif TV Alhijrah mendedahkan sudut hitam dunia gengster ibarat dadah. Sekali melekat, sukar untuk menjauhkan diri.

15 tahun tersanjung sebagai gengster membuatkan Abang Long Fadil makin ganas. Selain jenayah kekerasan, dia turut mengalami ketagihan syabu (methaphetamine) yang kronik. Ilusi syabu menjadikan dirinya makin tidak terkawal.

Malah, dia hampir mati apabila diserang lapan musuh yang bersenjatakan parang dan kayu besbol. Dia dibelasah dan disangka telah mati, namun sempat dibawa ke hospital dalam keadaan amat parah.

“Doktor kata, kalau lewat lima minit saya mungkin mati sebab pendarahan teruk,” katanya.

Namun semua detik itu tidak pernah menginsafkan. Dia tetap Abang Long Fadil yang sangat bangga dengan jenayah kekerasan. Apa lagi, dirinya disanjung sebagai anak Melayu yang mempunyai hierarki tinggi dalam status elit ‘Gengster Cina Singapura’.

“Cuma satu malam saya bermimpi berdiri di tepi pantai dan melibat ombak besar. Dalam mimpi saya yakin itu kiamat. Dia disapu ombak dan hanyut sebelum tersadai sendirian di sebuah pulau,” katanya.

Mimpi itu kata Abang Long Fadil membuatkan jiwa gengsternya jadi kecut. Sebulan dia berkurung dalam bilik dan tidak berani keluar rumah kerana takutkan kiamat.

“Akhirnya saya keluar. Saya nekad untuk mencari Allah dan kalau mati biarlah sebagai seorang Islam,” katanya sayu.

Semua pengakuan ini disiarkam secara eksklusif dalam program #PenghijrahanFenomena di TV Alhijrah. Siri kedua pendedahan ini akan disiarkan pada Khamis ini 10 malam.

Juga jangan lupa, sebelum bersama dengan Abang Long Fadil, kita berkuliah dulu dengan jenaka manis Syamsul Debat pada 9.30 malam dan lebih awal elok mendengar kehebatan Islam sejam bersama Dr. Zakir Naik bermula 8.30 malam. – MYNEWSHUB.CC

alf

Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Gesa Kerajaan Perjelas Pengguguran Ekuiti Bumiputera

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Gesa Kerajaan Perjelas Pengguguran Ekuiti Bumiputera

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) menggesa kerajaan memberikan penjelasan rasmi dan konsisten berhubung keputusan menggugurkan syarat pemilikan...

Sistem Pemerintahan Beraja Negeri Sembilan Berasaskan Adat Perpatih dan Undang-Undang Tubuh – Menteri Besar

Sistem Pemerintahan Beraja Negeri Sembilan Berasaskan Adat Perpatih dan Undang-Undang Tubuh – Menteri Besar

24/09/2026
0

SEREMBAN - Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim menegaskan dakwaan bahawa kerajaan negeri telah ‘menurunkan’ Yang di-Pertuan Besar adalah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd