• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JDT Kembali Pimpin Carta Liga Super

oleh Ahmad Albab
23/05/2016
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) kembali menerajui carta Liga Super selepas membelasah pasukan bawahan liga, Pahang 6-0 di Stadium Darul Makmur, Kuantan, malam Sabtu.

Kemenangan kesembilan daripada 12 perlawanan itu menyaksikan skuad Harimau Selatan mengutip 30 mata, berkelebihan dua mata ke atas pencabar terdekat, Felda United yang seri di laman sendiri.

Jorge Pereyra Diaz muncul wira skuad Harimau Selatan apabila meledak jaringan hatrik pada minit ke-28, 54′ dan 76; Juan Martin Lucero (minit ketujuh dan 46′ serta gol pemain pertahanan, Marcos Antonio pada minit ke-32.

Felda United pula turun satu anak tangga ke posisi kedua selepas seri 2-2 pada aksi menentang Pulau Pinang di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, Pahang.

Dua gol skuad ‘The Fighters’ dihasilkan oleh Ahmad Syamim Yahya pada minit kelapan dan Forkey Doe pada minit ke-80 manakala dua gol Pulau Pinang disumbangkan oleh Reinaldo Rodrigues Oliveira menerusi sepakan penalti pada minit ke-45 dan gol padang Osas Marvellous Cordoba pada minit ke-65.

Di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Baharu, pasukan Selangor turut mengutip tiga mata selepas menang selesa 5-2 ke atas Kelantan.

Lima gol skuad Gergasi Merah dijaringkan oleh Mohd Hafiz Kamal pada minit ke-15, R. Gopinathan (21′), Muhammad Nazmi Faiz Mansor (35′), Mohd Razman Roslan (49′) dan Ahmad Hazwan Bakri pada minit ke-88.

Dua gol skuad Pamoga Qu Puteh The Red Warriors disumbangkan oleh Blazhe Ilijoski pada minit kesembilan dan Dramane Traore pada minit ke-59.

Terengganu FA kembali mencatat kemenangan setelah menewaskan ‘adik’ mereka, Terengganu FC II 2-1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak.

Joseph Kalang Tie muncul wira skuad Penyu apabila menjaringkan gol kemenangan menerusi sepakan penalti pada minit-minit terakhir perlawanan.

Kedua-dua pasukan sebelum itu seri 1-1 dengan Norshahrul Idlan Talaha meletakkan Terengganu FA di hadapan menerusi gol pembukaan seawal minit keempat perlawanan sebelum Mohd Asrol Ibrahim menyamakan kedudukan pada minit ke-64.

Sarawak meneruskan rentak kemenangan di bawah David Usop apabila menang selesa 3-0 ke atas Perak di Stadium Perak, Ipoh.

Tiga gol skuad ‘Ngap Sayot’ dijaringkan oleh Junior Aparecido Guimaro de Souza pada minit ke-32, Ndumba Makeche (65′) dan Gilmar Jose Da Silva Filho, selang lima minit kemudian.

Dalam pada itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) gagal menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri setelah seri 1-1 menentang Kedah di Stadium Shah Alam.

Gol PDRM dijaringkan oleh Syauki Abdul Wahab pada minit ke-43 manakala Kedah berjaya menyamakan kedudukan menerusi Liridon Krasniqi pada penghujung perlawanan. – BERNAMA

Tags: JDTLiga Super
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Onn Hafiz Umum 25 Mei Hari Cuti Peristiwa Johor Sempena Kejayaan JDT Julang Piala Malaysia

Onn Hafiz Umum 25 Mei Hari Cuti Peristiwa Johor Sempena Kejayaan JDT Julang Piala Malaysia

24/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor mengisytiharkan 25 Mei ini sebagai Hari Cuti Peristiwa bagi negeri Johor sempena kejayaan Johor Darul...

Yang di-Pertuan Agong Ucap Tahniah JDT, Syabas Tunku Mahkota Ismail

Yang di-Pertuan Agong Ucap Tahniah JDT, Syabas Tunku Mahkota Ismail

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) Laman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd